About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

"AIRCOND VS KIPAS ANGIN"

 Aircond atau nama panggilannya penghawa dingin sekarang sudah menjadi 'trend' pada zaman kini lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas dan kering menyebabkan kebanyakkan daripada kita sangat memerlukan ruang yang mempunyai aircond untuk lebih selesa apabila berehat atau melakukan kerja-kerja yang lain. Sesetengah orang pula lebih prefer untuk menggunakan kipas angin dengan alasan iaitu lebih menjimatkan penggunaan eletrik berbanding aircond. Namun begitu, jika kita teliti sebenarnya kedua-dua barangan eletrik ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda nak tahu??? Jom baca sampai habes sebab tips ini sangat berguna dalam kehidupan seharian anda!!!! So, let’s check it outπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
🌟 AIRCOND
Kajian mendapati penggunaan aircond adalah lebih berbahaya terhadap kesihatan anda jika aircond tersebut tidak diselenggara dengan baik kerana ia akan menyumbang kepada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti sakit kepala, masalah pernafasan, kekejangan serta kerap bersin dan sakit tekakπŸ˜“ Bakteria dan fungus yang ditapis oleh aircond juga boleh menyebabkan pelbagai jangkitan dan alergik kesan daripada pembiakan bakteria yang cepat kerana cuaca di negara kita mempunyai tahap kelembapan yang sangat tinggi.
 Ibarat memakan makanan yang tinggi lemaknya walaupun sudah mengetahui kesan pengambilan makanan tersebut! Tak kiralah berapa banyak masalah kesihatan yang boleh disenaraikan tetapi anda masih tetap menggunakan aircond bukan? Anda tahu tak jika anda kerap menggunakan aircond, ia boleh menyebabkan kegemukan badan. Sebenarnya, udara yang selesa adalah antara 10 penyebab kenaikan berat badan. Kenapa?? Yelahh bila badan kita dah terasa sejuk mesti kita akan rasa malas nak buat apa2. Nak pulak lepas makan terus jer rasa mengantukkk. Maka aktiviti tidak sihat ini akan berulang-ulang dari hari ke hari. Selepas itu, anda sendiri boleh melihat perubahan fizikal diri anda. Peace!
 Okay kita beralih pula kepada kelebihan menggunakan aircond. Musim panas merupakan waktu yang tepat untuk menggunakan aircond kerana ia akan memberikan keselesaan kepada kita untuk tidur terutamanya pada waktu malam. Di pejabat pula, penggunaan aircond sangat bagus kerana ruang udara yang sejuk boleh meningkatkan tumpuan dan komitmen pekerja terhadap tugas yang diberikan. Penggunaan aircond dapat dijimatkan sekiranya anda bijak untuk memilih jenis aircond eko, tutup suis utama, set pemasa, tetapkan suhu yang sepatutnya dan bersihkan penapis aircond setiap bulan. Elakkan pembaziran yang melampau supaya anda tidak terbeban untuk membayar bil bulanan eletrik nanti πŸ˜°
🌟 KIPAS ANGIN
 Tidur dengan menghalakan kipas angin ke arah tubuh badan sememangnya akan membuatkan badan kita lebih lena tambahan pula ketika cuaca panas. Jika kita kaji, sebenarnya amalan ini adalah sangat tidak baik terhadap kesihatan kita. Namun sesetengah orang masih melakukan tabiat ini kerana ia mampu menyejukkan ruangan yang terasa panas. Banyak orang mengeluh kerana mereka tidak boleh tidur tanpa kipas angin padahal tidur yang berkualiti tidak memerlukan udara dingin yang keluar dari kipas angin. Kajian telah dilakukan dan terdapat puluhan kes kematian yang diduga berpunca daripada tidur dalam ruangan tertutup yang dipasang kipas angin
 Apakah bahaya tidur menggunakan kipas angin?? Pertama, tubuh badan kita akan kekurangan oksigen. Hal ini terjadi apabila kipas angin dihalakan terus ke wajah kita, terkena bahagian hidung iaitu dalam ruangan yang tidak memiliki fentilasi. Maka, udara yang berputar-putar didalamnya tidak diperbaharui sehingga oksigen tidak dapat berfungsi dengan baik ketika tubuh badan kita menghirup udara tersebut. Antara masalah lain ialah kulit kita akan menjadi kering, sesak nafas, suhu tubuh badan menurun dan banyak lagi kesan yang kurang baik πŸ˜₯
 Okay sekarang saya akan share beberapa tips penggunaan kipas dengan cara yang lebih sehat bagi mencegah daripada penyakit berbahaya yang lain. Pertama anda jangan gunakan kipas angin dalam ruangan yang tertutup atau tidak mempunyai sistem ruang udara yang baik. Kedua, anda jangan hadapkan kipas angin ke arah wajah anda kerana ia akan mempengaruhi jumlah oksigen dan karbondioksida disekitar badan. Setkan timer untuk mematikan kipas setelah 30 minit anda tidur. Selain itu, kecilkan ‘power’ kipas dan pusingkan kipas supaya tidak langsung menghala ke tubuh anda. Jadi, gunakanlah kipas angin dengan baik agar tidak mengganggu kesihatan tubuh badan anda πŸ˜™
Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan dan promosi BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI, anda boleh menghubungi syarikat Rosden Building atau terus ke pejabat urusan kami di
014-9778368 (Hp)
05-7178898 (Pejabat)
ATAU
No 22B, Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200 Parit Buntar Perak
KAMI BERSEDIA MEMBANTU ANDA





😊
Share:

1 comment:

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS