• Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

TIPS PEMILIHAN KABINET?


--------------------------------------------
--------------------------------------------
Kabinet dapur antara item yang penting dalam kediaman kita. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, ruang penyimpanan dan kos. Untuk material dan reka bentuk kabinet terdapat kebaikan dan keburukan untuk kabinet siap pasang. Dibawah saya senaraikan contoh material dan reka bentuk kabinet.
1. Kayu Padu (Solid Wood)
Tampil lebih kukuh dan tegap, kabinet jenis ini sesuai dibina menggunakan kayu nyatuh. Kabinet turut disokong kayu venir dan papan lapis. Daun pintu boleh dibina menggunakan kayu padu atau venir.
Kebaikkan – Material kayu menawarkan pelbagai reka bentuk dan warna. anda boleh memilih warna cat atau mahu mengekalkan kemasan kayu asli dengan kesan garisan ira. Material jenis ini hadir dalam reka bentuk siap atau separa siap. Selain, kelihatan kukuh, kayu kekal berzaman lamanya tanpa kelihatan outdated. Malah, kesan calar yang bakal wujud juga mudah dibaiki. Jika bosan, hanya tukar warna cat kabinet.
Keburukan – Kelembapan menyebabkan pintu kayu mudah meleding (kembang). Gunakan air suam bersama air sabun untuk mencuci kotoran. Wax kayu membantu menyamarkan kesan calar.

2. Campuran Kayu Terpakai
Kabinet dibina daripada campuran jenis kayu terpakai dan bahan kitar semula. Kebanyakkannya, menggunakan buluh, hampas pelbagai jenis kayu nipis, wheatboard dan juga sisa kulit buangan daripada pengeluar kasut.
Kebaikkan –Kabinet kayu terpakai bersifat mesra alam, sekaligus mengurangkan kesan karbon di kediaman.
Keburukkan – Mahal.

3. Laminate
Venir terdiri daripada lapisan kertas dan resin plastik yang diikat pada papan lapis atau partikel papan. Laminate sukar dibentuk, jadi kebanyakkan reka bentuk pintu direka rata dan licin. Laminate cukup popular sebagai bahan kabinet dapur di negara kita kerana variasi warna dan jenis kemasan tekstur; matte atau berkilat.
Kebaikkan – Harga berpatutan dan tahan lama. Laminate tidak mudah rosak dan kotor.
Keburukkan – Kesan calar, serpih tidak boleh disembunyikan atau dibaik pulih. Kesan cap jari juga mudah melekat di sekitar permukaan kabinet.
4. Thermofoil
Diperbuat melalui teknik pemanasan vinil, thermofoil mengandungi serat kayu yang dimampatkan (MDF). Kabinet jenis thermofoil menawarkan pelbagai jenis reka bentuk.
Kebaikkan – Harga berpatutan dan variasi reka bentuk dan warna kabinet.
Keburukkan – Kabinet jenis thermofoil sukar dibaik pulih jika ada kerosakkan. Lapisan thermofoil juga boleh terpisah apabila terdeah pada haba. Tidak sesuai digunakan untuk ruang ketuhar, ketuhar gelombang mikro. Melainkan, dengan meletakkan plat tahan haba.
5. Metal
Metal yang digunakan adalah jenis tahan karat (stainless steel), legap dan tahan calar. Secara peribadi, saya pilih bahan jenis ini kerana mudah diselenggara, tidak mudah ditelan zaman, serta kelihatan cukup kukuh dan tentunya stailish! Sesuai bagi yang mahukan ruang dapur berkonsep industrial.
Kebaikkan – Anda boleh memilih mahukan kemasan metal jenis legap atau berkilat. Legap kelihatan lebih elegan dan mewah. Sukar untuk mengesan cap jari, tahan lasak (bagus untuk mereka yang gemar memasak), serta tahan haba dan lembapan.
Keburukkan – Kos yang mahal. Mudah calar.
ANDA ADA TANAH? NAK BINA RUMAH IMPIAN ANDA? NAK CARI KONTRAKTOR BERPENGALAMAN? JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH IMPIAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING.
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

APAKAH KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM IBS?


Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor. Tujuan utama penggunaan sistem ini bagi penggunaan proses kerja optimum dan meminimumkan penggunaan kos buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat seiring dengan kemajuan industri pembinaan negara yang mementingkang yang produktiviti, berkualiti dan keselamatan di tapak projek.
KELEBIHAN
Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat.
Di Malaysia terdapat lima kumpulan utama IBS yang dikenalpasti dan dipraktikkan secara meluas iaitu:-
a. Kaedah pasang siap, Panel dan Sistem Kekotak (Precast Concrete Framing, Panel and Box System)
Elemen IBS Konkrit Pasang siap yang biasa digunakan ialah tiang konkrit pasang siap rasuk, lantai, dinding, komponen '3D' seperti tangga, lohong pembuangan sampah, balkoni,konkrit ringgan pasang siap dan kotak bentuk konkrit.
b. Kaedah acuan keluli (Steel Formwork System)
Sistem ini melibatkan 'tunnel form', 'tilt system', rasuk dan dan tiang. penggunaan sistem ini menitikberatkan kemasan akhir yang berkualiti tinggi dan pembinaan yang cepat dengan penggunaan tenaga buruh dan bahan binaan yang paling optimen.
c. Kaedah kerangka keluli (Steel Framing System)
Penggunaanya sering bersama dengan lantai konkrit pasang siap, tiang, rasuk keluli terutama bagi pembinaan 'fast track' bangunan tinggi. Ia juga banyak digunakan untuk pembinaan kerangka ringan bagi bumbung kerana penggunaannya lebih ekonomi dan sesuai terutama bagi sistem bumbung bangunan jenis 'portal frame'.
d. Kaedah kerangka kayu (Timber Framing System)
Sistem ini terdiri daripada komponen kerangka kayu bangunan dan kerangka kayu bumbung. Kontraktor pembinaan sangat gemar menggunakan sistem ini.
e. Kaedah kerja blok (Blockworks System)
Ianya adalah satu revolusi terhadap sistem binaan konvensional berasaskan batu-bata kepada sistem kerja konkrit mengirat dan konkrit ringan. Sistem ini dibangunkan berasaskan faktor masa dan produktiviti buruh binaan.
KEKURANGAN
Menuju kepada negara maju penggunan IBS adalah sesuai dan sejajar hasrat kerajaan yang inginkan kemajuan dalam teknologi. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam penggunaan IBS yang secara meluasnya.
Sebagai contoh pemasangan IBS bagi bangunan perlulah tepat. Sebarang kesalahan lokasi pemasangan akan menyebabkan kesukaran pamasangan dan penyusunan dalam sistem ini. Selain itu, setiap bahagian penyambungan IBS perlu disemak dengan keliti terutama bahagian laluan paip bagi menggelakkan laluan pain tersumbat ataupun kebocoran berlalu.
Selain itu, bangunan yang kecil seperti sebuah bangunan dengan keluasan kecil dikawasan pendalaman. Penggunaan IBS adalah tidak praktikal, adalah lebih baik dan praktikal menggunakan konkrit. Sungguhpun begitu, dalam keadaan tertentu seperti kawasan bandar yang sesak dan perlukan penjimatan ruang dalam melaksanankan projek adalah lebih baik dan sesuai menggunakan IBS yang sudah semestinya dapat membantu menyelesaikan sebahagian daripada permasalahan tersebut.
Jadi sebagai perancang dan jurutera serta pihak yang terlibat perlu mengambil pemikiran dan tindakan yang proaktif dalam menangani kelemahan seperti ini dari segi keselamatan, masa, kuantiti, kualiti, dan kos yang terlibat.
JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH KEDIAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING.
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

BATA MERAH ATAU BATA PASIR?


Bata merah atau bata pasir merupakan istilah biasa yang digunakan untuk merujuk kepada bata tanah liat (merah) dan bata pasir (putih). Bata tanah liat atau bata merah dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar. Bata putih pula dibuat dari campuran pasir, simen dan air. Di Malaysia bata putih adalah lebih popular digunakan dalam projek-projek perumahan.
Sekilas fakta, bata merah lebih kuat dari bata putih pada kadar 2 – 3 kali ganda lebih kuat. Selain itu bata merah juga lebih lambat menyerap lembapan berbanding bata putih pada kadar yang sama. Dinding yang dibina dengan bata putih lebih berisiko mengalami keretakan berbanding bata merah. Dan dinding dengan bata merah dikatakan mampu menahan haba lebih baik dari bata putih menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.
Batu merah berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik. Bata merah agak mahal sedikit berbanding bata putih dan ini biasanya menyebabkan kontraktor meletakkan harga lebih tinggi jika anda meminta mereka memasang bata merah. Jika kualiti biasa, perbezaan harga per unit kecil saja. Tetapi harga akan lebih mahal lagi jika anda mahu batu merah berkualiti tinggi dan tidak mahu ia diplaster.
Jadi adakah anda patut menggunakan bata merah atau bata putih untuk projek ubahsuai rumah anda? Terpulang kepada anda. Jika hanya melibatkan ubahsuai kecil seperti menambah dapur, tidak ada banyak beza antara bata merah atau bata pasir dari segi kos mahupun kesan-kesan yang lain.
ANDA SEDANG MENCARI KONTRAKTOR TERBAIK UNTUK RENOVASI RUMAH ANDA?
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

RUMAH PENTING KE?


============================
Rumah ialah tempat tinggal atau kediaman bagi manusia. Rumah menjadi keperluan asas yang utama kepada setiap keluarga. Setiap keluarga mempunyai rumah yang berbeza dari segi lokasi, reka bentuk,binaan rumah, dan ruang penting di dalam rumah.
1. RUMAH SEBAGAI TEMPAT TINGGAL
Umum manusia tahu bahawa rumah adalah tempat tinggal. Oleh itu, tempat tinggal adalah sebab utama kenapa manusia wajib memiliki rumah. Hal ini kerana, ia menjadi tempat untuk manusia berteduh dan juga berehat. Tanpa rumah, di mana mereka mahu tinggal?
Keadaan rumah dan jenis rumah adalah bergantung kepada pendapatan dan kehidupan kita. Kalau kita mampu memliki rumah yang harga mahal, maka mahal la rumah tu. Jikalau kita hanya mampu tinggal di rumah yang biasa-biasa, maka biasa-biasalah rumah itu. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.
Paling penting, anda memiliki rumah. Dan rumah itu adalah sebagai tempat anda berteduh seisi keluarga.
2.SUMBER PENDAPATAN (PELABURAN)
Selain menjadi tempat tinggal, rumah juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan. Antaranya adalah, ada antara kawan-kawan kita yang membeli rumah untuk tujuan pelaburan. Pelaburan ini adalah keuntungan dari segi kenaikan nilai semasa harga rumah. Contoh nya, saya telah membeli sebuah rumah pada tahun 2004 dengan harga RM50 000, pada masa kini , nilai semasa rumah saya telah pn menjadi RM200 000. Pada masa yang sama saya telah memperolehi keuntungan sebanyak RM150 000 daripada kenaikan harga semasa rumah.
Selain daripada itu, rumah juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan, Sumber pendapatan ini boleh diperolehi melalui sewa. Contohnya, rumah yang kita bina, kita sewakan kepada siapa-siapa yang memerlukan. Jadi , kita memperoleh keuntungan daripada harga sewa rumah setiap bulan secara pasif.
3.SEBAGAI ASSET
Rumah juga penting untuk dijadikan sebagai asset. Asset ini akan menjadi pelindung ataupun backup sewaktu kita dilanda krisis seperti krisis ekonomi dan diberhentikan kerja. Dengan adanya rumah, kita mampu untuk berteduh di rumah sementara mendapatkan sumber pendapatan yang lain.
Selain itu, rumah yang dimiliki juga boleh di jual sekiranya nilai semasa rumah yang dimiliki telah meningkat dari segi market value. Ini adalah penting sekiranya, pemilik rumah yang hilang pencarian mahu menggunakan wang samada untuk teruskan hidup ataupun mahu mula mencari sumber pendapatan yang lain dengan berniaga. Namun, sebelum menjual rumah untuk mendapatkan wang, mereka haruslah tahu dan jelas dengan perangcangan kewangan mereka.
4. HARGA TIDAK TURUN
Harga rumah sememangnya tidak akan turun, melainkan kawasan rumah tersebut adalah kawasan yang dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya. Namun begitu, harga rumah tetap tidak akan turun. Hal ini kerana, rumah sentiasa ada permintaan. Oleh itu, harga rumah sentiasa akan naik kerana permintaan yang sentiasa ada dikalangan kita.
Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

KENAPA RUMAH PERLU ADA AURA?

Terdapat petua dan tips pengetahuan dari China kuno iaitu Feng Shui, sebuah seni yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah rumah yang penuh dengan aura yang baik. Dalam kehidupan kita, sangat penting untuk mencari aura positif,kerana rumah adalah cermin kehidupan kita dan rumah sebagai tempat berehat dan bersantai. Tetapi bagaimana jika kita tidak merasa terdapat aura negatif? Oleh itu, kita mesti membuat beberapa perubahan di kediaman kita.
1. UDARA YANG SEGAR
Setiap hari pada waktu pagi,kita harus membuka tingkap untuk udara yang bersih masuk ke dalam rumah kita. kebersihan adalah sesuatu yang sangat penting untuk memperbaharui udara disekeliling rumah, walaupun suhu rendah tetapi harus membuka tingkap pada setiap hari. Tambahan itu, sinaran matahari akan menembusi rumah kita, apabila tingkap dibuka dan tirai dibuka.
Cahaya matahari dan udara yang segar menjadi pembersih kepada tenaga negatif. Biarkan angin datang dan pergi untuk tenaga buruk di luar rumah anda. Sikap ini sekiranya diamalkan setiap hari akan membuat perbezaan di rumah anda dan aura positif akan masuk.
2. HIASKAN DENGAN CERMIN
Anda tidak mempunyai cermin di rumah? anda harus membelinya,untuk menarik aura yang positif di dalam rumah kita. Sebab yang paling mudah adalah untuk menarik tenaga positif dan membantu membersihkan minda kita. Di samping itu, cermin adalah unsur yang baik dalam hiasan sebagai reflektor cahaya.
3. KEBERSIHAN
Kebersihan sangat penting untuk menangkis tenaga negatif dan mewujudkan perasaan kesejahteraan bagi penduduk rumah. Mencuci bilik mandi, dapur, habuk, kotoran, dan lantai mopping selalu diambil mudah oleh kita atau sering diabaikan, tetapi sebenarnya sekiranya kita menjaga kebersihan kita dapat merasakan udara segar dan wangi di kediaman kita dan seterusnya wujud aura positif di dalam rumah.
4. HIASAN DALAMAN RUMAH
Tenaga positif yang baik harus bermula lebih awal di pintu masuk rumah kita. Letakkan cermin, terutamanya jika kawasan sempit untuk membuat ruangan kelihatan lebih besar, ini akan membawa anda tenaga yang positif. Objek dan bunga yang indah juga disyorkan di jalan masuk, memberi ucapan selamat datang dan menyampaikan rasa segera mahu memasuki rumah.
Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

KRISIS EKONOMI SUAMI ISTERI? MENGAPA...? OHH...SEWA RUMAH.


==========================================
ALAH bisa tegal biasa. Apabila kita sudah biasa hidup dalam keadaan mewah dan harmoni bersama isteri dan anak-anak adalah sukar untuk kita mengubah cara hidup kita tiba-tiba dalam menangani keadaan ekonomi yang serba tidak menentu terutama berkaitan krisis ekonomi suami isteri.
Ramai yang boleh memberikan pendapat mengenai keadaan ekonomi antarabangsa akan tetapi dalam mempersiapkan diri dan keluarga berkaitan krisis ekonomi suami isteri terutamanya berkaitan bayar utiliti,sewa rumah untuk menanganinya ramai yang akan terkulai gagal. Apabila waktu dan ketika kita sedar bahawa kita perlu melakukan perubahan di dalam kehidupan, ia akan menjadi suatu keadaan yang amat menekan dan menganggu emosi suami isteri dalam mengatasi masalah krisis sewa rumah ini.
1. Berhenti membuang masa
Jangan bazirkan masa dan wang dalam melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ini akan menambahkan lagi masalah kewangan kita. Contohnya, membazirkan wang kita kearah kehendak kita daripada keperluan. Hal ini akan menyebabkan, wang untuk membayar rumah sewa terbantut disebabkan kekurangan wang apabila tiba hujung bulan. Oleh sebab itu, suami isteri perlu fokus kepada permasalahan yang ada di depan dahulu sebelum menggunakan wang kearah yang lain.
2. Mempunyai simpanan yang tetap
Simpanan yang tetap ini penting dalam setiap insitusi kekeluargaan. Hal ini kerana, apabila berlakunya masalah seperti bayar sewa rumah dan sebagainya, suami isteri boleh menggunakan wang simpanan itu untuk membayar sewa rumah dan bil-bil lain. Langkah yang bijak ialah mempunyai tabung khas untuk pembayaran rumah sewa. Dengan mempraktikkan diri untuk memasukkan wang dalam tabung setiap hari akan membuatkan sesebuah keluarga itu tidak akan ada masalah besar dalam isu bayar sewa rumah dan sebagainya.
3. Membina cita-cita untuk membina rumah impian.
Setiap awal bulan pasti pasangan suami isteri akan pening kepala memikirkan pasal sewa rumah untuk dibayar, kos perbelanjaan anak-anak untuk sekolah lagi, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Faktor-faktor ini juga boleh menyebabkan berlaku pergaduhan suami isteri, Oleh sebab itu, setiap pasangan suami isteri harus berazam untuk membina rumah impian sendiri dan ditanah sendiri. Dengan adanya rumah sendiri, tidak perlu lagi menyewa rumah. Dengan membina rumah impian berdekatan sekolah anak-anak serta membina rumah dikawasan kos rendah, Ia amat membantu mengurangkan kos sesebuah keluarga itu dalam menguruskan perbelanjaan rumah tangga.
4. Bijak mengatur strategi dalam kekeluargaan
Zaman sekarang ramai suami isteri tidak bijak mengatur perbelanjaan keluarga. Hal ini, akan memberikan kesan sekiranya bil-bil yang tertunggak datang akan menyebabkan berlaku krisis ekonomi suami isteri. Bukan setakat krisis ekonomi akan berlaku tetapi krisis rumah tangga juga akan berlaku. Hal ini akan memberikan impak buruk kepada pasangan dan anak-anak. Oleh itu, pendapatan setiap bulan haruslah menggunakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan rumah tangga.
Sila kunjungi Syarikat kami Rosden Building untuk membina rumah atas tanah sendiri atau membuat renovasi. Team RB akan memberikan layanan yang terbaik dan First Class.
Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

BINA RUMAH UNTUNG DARI BELI RUMAH. SEBAB?


==========================================
Apabila anda hendak memiliki rumah pertama, ada dua pilihan yang boleh diambil iaitu beli rumah jadi atau beli tanah lalu bina rumah. Pilihan pertama nampaknya menjadi yang paling popular kerana ia tidak rumit. Tetapi sekiranya anda hendak untung besar,ramai juga mengambil pilihan kedua sebagai pilihan, iaitu buat rumah atas tanah sendiri. Sebabnya, kerana ada lebih kebebasan dalam menentukan reka bentuk rumah yang akan di bina.
Kita juga boleh menjadi lebih kreatif semasa membina rumah sendiri. Di samping itu, belanjawan untuk membina rumah boleh diubah atau diselaraskan dengan keupayaan kewangan. lagipun, rumah yang di buat atas tanah sendiri membolehkan kita membuat binaan menurut fasa. Contohnya jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad, kita boleh siapkan bahagian rumah yang penting terlebih dahulu. Contohnya seperti bilik dan dapur. Ruang tamu dan beranda boleh menjadi dibina apabila kewangan lebih mencukupi. Yang penting sebelum buat rumah tu kita ukur sempadan tanah betul betul.
5 Perkara penting sebelum membina rumah
Membina rumah sendiri memang lebih memberikan keuntungan. Tetapi, terdapat beberapa perkara penting dalam membina sebuah rumah. Berikut ini di antaranya:
1. Pelan kewangan
Kos membangunkan rumah bukan seratus-dua ratus ribu. Oleh itu, perkara yang paling asas untuk diperhatikan adalah pelan kewangan. Jika tidak mahir selok belok untuk menyediakan kewangan, risiko untuk rumah tidak selesai dibina sangat tinggi. Jadi menyediakan pelan kewangan sangat penting dalam membina sebuah rumah. Sediakan sekurang-kurangnya 2 rancangan kewangan. Hal ini kerana, sekiranya ada pelan, proses membina rumah akan berjalan lancar tanpa ada masalah.
2. Lukisan pelan bangunan untuk rumah yang bakal dibina
Pelan ini menjadi asas dalam membina sebuah rumah. Jika tiada pelan lantai, bagaimana untuk pekerja membina sebuah rumah. Pelan rumah memberikan banyak maklumat tentang rumah yang akan dibina. Perkara seperti kedudukan tandas diletakkan, ruang tamu di belakang,dan dapat mengelakkan dari pembaziran ruang kerana terdapat sudut bilik yang tidak digunakan. Di Internet sahaja, terdapat banyak contoh pelan rumah yang mungkin memberi inspirasi. Jika tanah kita besar, tak jadi masalah nak bina rumah. Harga bina rumah banglo atas tanah sendiri memang lebih murah dari beli yang dah siap. Kalau tanah yang di beli saiznya kecil & cukup cukup sahaja untuk kawasan rumah, sedikit kesilapan akan membawa masalah besar di kemudian hari. Orang yang paling mahir mereka bentuk rumah adalah kontraktor yang berdaftar.
3. Cari tukang rumah atau biarkan kontraktor rumah selesaikan semuanya
Pekerja pembinaan bangunan boleh didapati secara meluas & sekarang ni boleh di cari melalui internet contohnya Rosden Enterprise. Tetapi, kita harus berhati-hati mencari pekerja yang benar benar mahir & profesional. Hal ini kerana, bukan sedikit kisah penipuan yang berlaku. Kita ambil masa, selidik kualiti kerja & kemampuan tukang & kontraktor rumah sebelum mengikat kontrak dengan mereka.
Minta pendapat keluarga atau rakan yang mempunyai pengalaman membina rumah yang baik dengan tukang & kontraktor tertentu. Kalau boleh cari kontraktor di kawasan kita saja kerana lebih memudahkan urusan kita.
4. Cari bahan binaan
Kos bahan menentukan samada pelan kewangan yang telah di buat berjaya atau gagal. Gunakan bahan yang sesuai dengan keperluan dan kewangan anda. Jika kewangan hanya cukup untuk membeli batu bata, tidak bijak untuk membeli batu bata secara maksimal. Kecuali terdapat pelan carian tambahan melalui hutang atau kredit. Hanya, pastikan hutang boleh dibayar semula. Jika kita mengetahui kenalan yang sudah biasa dengan pembekal bahan binaaan, dapatkan pandangan mereka dahulu.
Sekiranya menggunakan khidmat tukang rumah, pastikan mereka memberikan resit atas setiap perbelanjaan barang binaan yang telah di beli. Hal ini kerana, ada tukang yang kurang jujur akan bermain harga disini. Harga barang yang di beli jauh lebih mahal dari yang berada di pasaran. Ambil masa untuk pergi ke kedai hardware dan rujuk dengan mereka samada harga tersebut sama atau lebih tinggi dari pasaran.
5. Masa untuk buat atau beli rumah
Kalau kita masih muda, rancang untuk dapat hartanah pertama anda terlebih dahulu semasa usia muda. Harga hartanah akan sentiasa naik. Memang takkan terjangkau kalau kita tangguh. Pembelian hartanah semasa muda di kawasan yang hangat, akan membuatkan harga hartanah melambung tinggi. Kalau kerja kerajaan boleh buat loan perumahan kerajaan. Kalau kerja syarikat GLC yang besar besar macam syarikat minyak, memang ada sediakan pinjaman untuk beli rumah.
Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

EKONOMI 1979 VS EKONOMI 2019


============================
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor. Sektor-sektor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor pertama kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana ia tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemerosesan. Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat pemerosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan. Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Berdasarkan pembahagian di atas bolehlah dikatakan bahawa sektor pertama adalah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula adalah sektor moden. Dengan kata lain perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi dualisme (tradisional dan moden). Sumbangan ketiga-tiga sektor di atas kepada ekonomi negara semakin meningkat. Walaupun begitu kepentingan dan kepesatan setiap satunya mungkin berubah-ubah mengikut perkembangan masa. Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan perlombongan menjadi penyumbang utama eksport Malaysia, tetapi pada tahun 1990-an, sektor perkilangan pula memberi sumbangan yang utama kepada eksport Malaysia.
Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sudah pasti kepesatan perkembangan sektor kedua dan ketiga akan mengatasi sektor pertama. Namun begitu kesemua sektor ekonomi adalah penting dan setiap satunya saling membantu serta menjadi pelengkap antara satu sama lain.
EKONOMI 1979
1. PERINDUSTRIAN BERAT
Menjelang tahun 1979-1980 kerajaan telah memberi perhatian kepada pembangunan perindustrian berat. Kerajaan telah merangka beberapa dasar sepertI Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat untuk mewujudkan negara yang bercorak industri. Oleh itu industri-industri berat seperti industri membuat kereta, industri besi dan keluli, industri membuat simen dan lain-lain telah dimulakan di negara ini. Walau bagaimanapun, sektor pertanian dan perlombongan tetap diberi perhatian oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana sektor pertanian dan sektor perindustrian sama-sama memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.
2. PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT
Perubahan struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan telah banyak mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Sektor perkilangan telah menjadi penyumbang yang utama dalam jumlah guna tenaga di Malaysia. Sektor perkilangan mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada kerajaan. Eksport hasil keluaran sektor perkilangan telah meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada keluaran negara.
3. TARAF HIDUP RAKYAT
Pembangunan ekonomi yang pesat akibat daripada perubahan struktur ekonomi telah mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk. Hal ini demikian kerana pembangunan ekonomi telah banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Ekoran daripada itu, pendapatan penduduk bertambah dan taraf hidup meningkat. Perkembangan sektor kedua telah banyak menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di bandar-bandar. Hal ini telah menarik ramai belia berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
EKONOMI 2019
1. HARGA MINYAK
Berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, harga runcit petrol dan diesel dijangka terus meningkat tahun ke tahun sehingga menjelang 2019. Pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan meramalkan, dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia ialah pertama, kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan kedua, kadar pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Pihak kerajaan kena lebih bersikap prihatin dengan masalah rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga minyak ini. Hal ini kerana,negara kita adalah negara pengeluar minyak. Kerajaan perlu menggunakan sumber pendapatan daripada hasil minyak mentah ini untuk menyediakan pelbagai infrastruktur, seperti sekolah dan jalan raya untuk kemudahan rakyat jelata. Kerajaan seboleh-bolehnya perlu menyediakan subsidi ataupun bantuan kewangan agar dapat mengurangkan bebanan rakyat.
2. EKONOMI "TENAT"
Dalam laporan terbarunya Bank Dunia berkata, daripada 15 negara Asia yang ekonominya dianalisis, Malaysia adalah di antara beberapa buah negara yang ekonominya dijangka meruncing. Ia meramalkan bahawa dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang, ekonomi Malaysia tahun hadapan (2018) dijangka berkembang pada kadar lima peratus sahaja dan akan menguncup menjadi 4.8 peratus pada tahun 2019.
Harga komoditi yang tidak menentu, ketidaktentuan dasar ekonomi negara besar dan ketegangan antarabangsa adalah antara faktor yang melemahkan ekonomi Malaysia. Bank Dunia berkata, manakala ekonomi negara Asia yang lain berkembang pesat, ekonomi Malaysia merosot kerana ia gagal menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi dunia dan tempatan. Hal ini kerana, masalah hutang isu rumah Malaysia yang terlalu tinggi, iaitu melebihi 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.
3. PELUANG PEKERJAAN TERHAD
Pada tahun 2019, peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dijangka terhad dan kurang. Hal ini kerana, krisis ekonomi di negara kita dan kemasukan pendatang asing yang semakin berlumba-lumba masuk ke negara kita. Tambahan itu, banyak kilang-kilang di negara kita ditutup dan peluang pekerjaan dalam perkilangan berkurang atau dikuasai oleh rakyat asing. Namun terdapat juga syarikat-syarikat yang semakin membangun dan menerima pekerja-pekerja dalam sektor tertentu contohnya, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membuka peluang pekerjaan dalam sektor perladangan kepada penduduk tempatan terutama generasi baharu peneroka bagi mengurangkan kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing.
Anda nak membina rumah impian atau renovasi? Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)
Share:

GAJI RM 1,000.00 TAPI MAMPU BINA RUMAH, SEBAB?




===========================================
Melihatkan pada keadaan ekonomi negara hari ini, ramai remaja seakan buntu dan hilang semangat untuk membina aset seperti rumah dan dianggap tidak mampu kerana bergaji kecil. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada kita seakan melupakan impian untuk memiliki rumah besar dan hanya bergantung kepada kediaman keluarga. Hal ini disebabkan, kalau tengok pada gaji ramai anak muda zaman sekarang memang tak mampu untuk membina rumah. Situasi dan mentaliti anak muda seperti ini harus diubah. Asalkan pandai membuat perancangan dan berusaha gigih, pasti impian ini bukan sekadar hanya angan-angan.
Sekiranya anda mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas untuk membina rumah walaupun bergaji Rm 1000 anda mampu membina rumah sebab :
1. MEMBUAT SIMPANAN TETAP
Buat simpanan tetap sebulan RM300 , buat pinjaman ASB RM50K daripada mula bekerja dengan komitmen lebih kurang RM300. Debt Service Ratio (DSR) waktu ini adalah 20%. Selain itu, anda harus mengawal perbelanjaan harian anda setiap bulan iaitu membahagikan perbelanjaan yang penting dan tidak.
Contoh kawal perbelanjaan harian anda:
a) Makan minum = RM250
b) Minyak motor = RM150
c) Bagi orang tua = RM100 (Jangan anggap sebagai beban)
d) Telefon = RM100
e) Lain-lain = RM100
2. MEMBUAT EXTRA INCOME
Membuat extra income seperti overtime ditempat kerja atau selepas pulang dari kerja hakiki,bekerja pula di kedai makan untuk mencari income sampingan bagi mencapai matlamat untuk membina rumah impian. Dengan kaedah ini mampu memenuhi keperluan anda yang lain dan mampu menyimpan lebih untuk anda membina rumah pada masa hadapan. Walaupun gaji kerja hakiki anda hanya Rm 1000 sahaja, dengan teknik membuat extra income mampu untuk membantu membina rumah impian anda.
3. DIVIDEN ASB
Cukup 1 tahun Dividend ASB pinjaman RM50K mula-mula tadi yang anda buat, mampu menghasilkan dividen hampir RM4000. Dengan mempunyai dividen ASB yang dilaburkan setiap tahun walaupun bergaji kecil hanya Rm 1000.00, dengan simpanan Rm 300 setiap bulan dan dividend ASB, anda boleh mengorak langkah sikit demi sedikit untuk mencari kontraktor yang dapat membina rumah impian anda dan pastikan kontraktor itu mempunyai lesen dan mampu merealisasikan rumah impian anda.
4. JANGAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Kad kredit ialah satu bentuk hutang ‘mudah lulus’ dengan bunga yang begitu tinggi. Walaupun kad kredit ialah kad kredit islamik dengan tiada unsur riba, ‘bunga’ tersebut sudah diubah kepada bayaran yang patuh syariah yang masih juga tinggi. Apabila anda tidak lagi menggunakna kad kredit, anda secara automatik telah membantu kepada tips menyimpan duit iaitu tidak membuat hutang baharu. Ingatlah, kad kredit ialah punca kebanyakan golongan muda di Malaysia disenarai hitamkan malah ada yang diistiharkan muflis.
Walaupun sekiranyanya digunakan dengan betul, kad kredit boleh digunakan sebagai alat kewangan yang bagus dan memudahkan, namun, bilangan individu yang tahu menggunakan kad kredit amat sedikit. Kad kredit amat bahaya kerana ia seolah olah sebuah bank yang dengan mudah sahaja boleh meluluskan pinjaman anda. Mudahlah kita membuat hutang yang baharu.
Oleh itu, larang diri kita daripada menggunakan kad kredit. Sekiranya terguna, segeralah bayar sebelum bil dikeluarkan. Kita tidak perlu menunggu bil untuk membayar kad kredit. Contohnya, kerana tiada tunai mencukupi, kita telah terguna kad kredit untuk mengisi petrol. Katakan jumlahnya RM 70. Terus lakukan pembayaran melalui online banking atau ATM pada hari yang sama. Dengan cara ini kita dapat memastikan kad kredit itu tidak akan menyebabkan hutang.
5. MELABUR
Jika tidak ingin menabung atau menyimpan di bank, investasikanlah sebahagian wang gaji anda. Caranya dengan membeli emas, kerana harga emas semakin lama semakin tinggi. Oleh kerana itu, apabila sudah banyak terkumpul, boleh menjualnya dan nilainya pun lebih tinggi daripada yang dilaburkan. Dengan anda menjual kembali emas dan mendapat harga lebih tinggi, anda akan dapat pulanggan lebih tinggi dari beli emas sebelum ini dan mampu membina rumah impian anda walaupun bergaji kecil iaitu Rm 1,000.00.
Anda nak membina rumah? Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

BAYAR CUKAI TAK? BAGAIMANA LOAN BINA RUMAH NAK LULUS?


=============================================
Bayar cukai tak?
Apa yang perlu kita tahu adalah pihak bank lebih suka untuk memberi pinjaman kepada orang kaya kerana mereka lebih mampu. Namun, anda boleh menunjukkan yang anda adalah seorang yang 'kaya' dengan membuat bayaran cukai jika sudah layak.Bayaran cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan salah satu cara untuk membuktikan pendapatan yang anda miliki adalah sah dan tiada penipuan.
Pembayaran cukai lebih penting jika anda mempunyai pendapatan melalui perniagaan kerana anda tidak mempunyai slip gaji setiap bulan. Selain itu, pembayaran cukai tersebut juga bagi menunjukkan pendapatan anda adalah dari perniagaan yang sah dan ikut undang-undang. Jika anda bekerja dengan majikan, anda perlu menghantar borang BE setiap tahun sebelum 30 April. Manakala jika anda mempunyai perniagaan sendiri, anda perlu menghantar borang B setiap tahun sebelum 30 Jun.
Bagaimana loan bina rumah nak lulus?
1. Periksa Rekod Kewangan Anda
Sebelum anda memulakan permohonan untuk pinjaman, periksa dahulu keadaan rekod kewangan anda. Perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak bank ialah rekod kewangan seseorang yang memohon pinjaman untuk membuat loan bina rumah. Jika anda mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik, contohnya anda sering lambat untuk membuat pembayaran kad kredit, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda.
Pihak bank adalah institusi kewangan yang terima deposit dari pelanngan, dan deposit itu kemudiannya akan digunakan untuk menyediakan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk kereta. Bank kemudian akan mengenakan caj untuk pinjaman tersebut. Peminjam yang mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik mempunyai kemungkinan tinggi untuk meneruskan perangai mereka itu.
Jadi, ini merupakan antara sebab mengapa anda perlu pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik kerana ia akan membantu anda bila anda ingin memohon untuk pinjaman untuk loan bina rumah atau apa-apa sahaja permohonan di bank. Sekiranya anda mempunyai rekod kewangan buruk, ambil masa dahulu untuk tingkatkan rekod tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Ia lebih baik daripada melalui proses permohonan pinjaman kemudian ditolak kerana anda sudah tahu anda mempunyai rekod kewangan buruk.
Bank Negara mempunyai system Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang mengumpul semua maklumat kredit peminjaman dari pihak bank di Malaysia kemudian menyediakan report kredit yang diberikan kepada bank. Anda juga boleh dapatkan report ini untuk melihat kedudukan kredit anda. Anda perlu hadir ke bank Negara untuk dapatkan report CCRIS anda.
Terdapat lagi satu report kredit yang anda perlu lihat juga iaitu CTOS. Pihak bank juga akan periksa report kredit CTOS pemohon sebelum membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan. Anda boleh dapatkan report kredit CTOS dari MyCTOS.
2. Berdisiplin
Sebelum anda memohon untuk pinjaman, pastikan anda sudah mula berdisiplin dengan membayar semua komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta atau bayaran balik kad kredit anda tepat pada masanya. Mulakan sikap ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon untuk pinjaman, tetapi lebih awal anda mulakan lebih baik. Ingat, walaupun anda tidak mempunyai niat untuk memohon pinjaman dalam jangka masa terdekat, membayar semua komitmen kewangan anda awal adalah sikap yang baik. Ia akan membantu tingkatkan peluang anda apabila anda melakukan permohonan di bank.
Sikap disiplin anda dalam membayar balik ini juga akan menentukan bagaimana keadaan rekod kewangan anda nanti. Ini kerana jika anda sering lambat atau lebih teruk, tidak melakukan pembayaran untuk komitmen kewangan anda yang lain ini akan tertera di rekod kewangan anda. Pihak bank kemudian akan menolak permohonan anda kerana melihat corak pembayaran anda yang tidak baik. Jadi ingat, anda perlu berdisiplin jika ingin permohonan loan membina rumah diluluskan!
3. Baca SEMUA syarat
Sebagai peraturan umum, kebanyakan bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman anda jika ia tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan yang anda sedia ada. Bagi pinjaman peribadi, bank akan berikan 2 atau 3 kali ganda gaji anda. Untuk tidak membuang masa, kira berapa komitmen kewangan anda dan lihat terma dan syarat pinjaman bank tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman loan membina rumah. Setengah individu lupa atau pandang remeh untuk lihat terma dan syarat. Pastikan anda periksa had minima gaji, umur dan juga had pinjaman yang akan diberikan oleh bank sebelum memulakan permohonan anda. Ini akan bantu anda pastikan anda layak atau tidak dan tidak membuang masa anda mohon hanya untuk permohonan ditolak kerana anda tidak layak dan anda sebenarnya boleh mengetahui hal ini jika anda lihat terma dan syarat yang tertera.
4. Mula Rekod Kredit
Ada pihak bank yang enggan meluluskan permohonan pinjaman loan membina rumah bagi individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Ini bermaksud individu yang tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan atau kad kredit. Individu seperti ini tidak mempunyai sebarang rekod kredit, maka pihak bank tidak boleh melihat atau menggagak corak pembayaran mereka. Maka, sebelum anda memohon pinjaman anda disyorkan untuk memulakan rekod kredit kerana ia akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.
Anda boleh mulakan rekod kredit dengan mendapatkan kad kredit asas dan gunakan untuk membayar pembelian harian anda. Anda kemudian boleh mengambil kesempatan daripada kad kredit itu untuk dapatkan rebat, cashback dan diskaun. Tetapi, ingat anda perlu melakukan pembayaran untuk kad kredit anda dengan disiplin, jangan bayar kad kredit anda lewat.
.
--> Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

7 IDEA CORAK JUBIN LANTAI

=======================
Selain ira batu buatan atau semulajadi sebagai motif, susun reka letak jubin atau lapisan kayu (laminate) mampu mencetuskan sensasi segar di kediaman. Teknik penyusunan jubin yang betul juga boleh mengubah dimensi sesebuah ruang. 7 jenis corak menarik sesuai untuk apa jua jenis konsep kemasan dinding dan lantai kediaman.
1. Running Bond
Corak paling asas dan mudah untuk dipasang di kediaman. Sambungan jubin atau bata dilakukan di bahagian tengah jubin lantas membentuk akhir sambungan tidak sekata.
2. Herringbone
Susunan blok segi empat tepat mengikut alur tulang ikan hering. Nisbah panjang blok kebiasaanya 2 : 1, 3: 1. Jika merancang menggunakan lantai berlamina, anda perlu menambah sebanyak 25 peratus kos dari kos sebenar. Ini kerana corak jenis ini membuatkan lebih banyak pembuangan papan.
3. Diaognal
Sama seperti susunan Running Bond, corak ini dimulakan pada sudut 45 darjah condong. Ini menjadikan persegi jubin atau kayu berbentuk berlian. Corak jenis ini sesuai untuk mengubah dimensi ruang kecil menjadi lebih besar.
4. Basket Weaves
Corak untuk menghiasi dinding dan lantai ini kelihatan seperti anyaman bakul. Sama seperti herringbone, corak ini menggunakan blok berbentuk segi empat tepat dan mudah untuk dipasang. Gunakan corak ini untuk cetusan gaya klasik era 1900-an dan cukup serasi digunakan bersama jubin batu seperti marmar.
5. Windmill
Diilhamkan daripada pergerakan bilah kincir angin, corak ini dibentuk daripada susun atur 4 jubin segi empat sama digunakan untuk membentuk bentuk persegi yang besar diakhiri 1 jubin persegi kecil di tengah-tengah. Rupa jubin persegi ini sering digunakan di bilik mandi dan dapur. Corak ini sesuai menggunakan material jubin seramik atau porselin.
6. Versailles
Dirujuk sebagai corak Perancis atau corak modular, Versailles menggabungkan 4 saiz jubin berbeza; 8″ x 8″, 8″ x 16″, 16″ x 16″, dan 16″x 24″. Elegan dan anggun, corak Versailles sering dilihat di luar rumah menggunakan jubin batu seperti travertine.
7. Pinwheel
Corak jubin lantai yang juga dikenali sebagai hopscotch. Seakan sama seperti Windmill, corak ini memerlukan saiz jubin lebih besar untuk mengelilingi jubin lebih kecil. Empat blok kecil diatur bertemu 4 penjuru 1 jubin persegi besar. Ini mewujudkan bentuk sama seperti satu roda pin berputar.
Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)







Share:

4 SEBAB RUMAH ITU PENTING?



Rumah adalah sangat penting untuk kita dimiliki. Namun, ada dikalangan kita yang menangguh-nangguhkan masa untuk memiliki rumah.
Hal ini sangat merugikan kita kerana harga rumah sentiasa meningkat sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.
1. RUMAH SEBAGAI TEMPAT TINGGAL
Umum manusia tahu bahawa rumah adalah tempat tinggal. Oleh itu, tempat tinggal adalah sebab utama kenapa manusia wajib memiliki rumah. Hal ini kerana, ia menjadi tempat untuk manusia berteduh dan juga berehat. Tanpa rumah, di mana mereka mahu tinggal?
Keadaan rumah dan jenis rumah adalah bergantung kepada pendapatan dan kehidupan kita. Kalau kita mampu memliki rumah yang harga mahal, maka mahal la rumah tu. Jikalau kita hanya mampu tinggal di rumah yang biasa-biasa, maka biasa-biasalah rumah itu. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.
Paling penting, anda memiliki rumah. Dan rumah itu adalah sebagai tempat anda berteduh seisi keluarga.
2.SUMBER PENDAPATAN (PELABURAN)
Selain menjadi tempat tinggal, rumah juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan. Antaranya adalah, ada antara kawan-kawan kita yang membina rumah untuk tujuan pelaburan. Pelaburan ini adalah keuntungan dari segi kenaikan nilai semasa harga rumah. Contoh nya, anda telah membina sebuah rumah pada tahun 2004 dengan harga RM50 000, pada masa kini , nilai semasa rumah saya telah pun menjadi RM200 000. Pada masa yang sama saya telah memperolehi keuntungan sebanyak RM150 000 daripada kenaikan harga semasa rumah.
Selain daripada itu, rumah juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan, Sumber pendapatan ini boleh diperolehi melalui sewa. Contohnya, rumah yang anda miliki, anda sewakan kepada siapa-siapa yang memerlukan. Jadi , anda memperoleh keuntungan daripada harga sewa rumah setiap bulan secara pasif.
3.SEBAGAI ASSET
Rumah juga penting untuk dijadikan sebagai asset. Asset ini akan menjadi pelindung ataupun backup sewaktu kita dilanda krisis seperti krisis ekonomi di mana ramai yang telah diberhentikan kerja. Dengan adanya rumah, kita mampu untuk berteduh di rumah sementara mendapatkan sumber pendapatan yang lain.
Selain itu, rumah yang dimiliki juga boleh di jual sekiranya nilai semasa rumah yang dimiliki telah meningkat dari segi market value. Ini adalah penting sekiranya, pemilik rumah yang hilang pencarian mahu menggunakan wang samada untuk teruskan hidup ataupun mahu mula mencari sumber pendapatan yang lain dengan berniaga. Namun, sebelum menjual rumah untuk mendapatkan wang, mereka haruslah tahu dan jelas dengan perangcangan kewangan mereka.
4. HARGA TIDAK TURUN
Harga rumah sememangnya tidak akan turun, melainkan kawasan rumah tersebut adalah kawasan yang dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya. Namun begitu, harga rumah tetap tidak akan turun. Hal ini kerana, rumah sentiasa ada permintaan. Oleh itu, harga rumah sentiasa akan naik kerana permintaan yang sentiasa ada dikalangan kita.
Oleh kerana itu, memiliki rumah amat penting untuk kita semua. Dengan adanya rumah yang kita bina akan memudahkan masa hadapan kita yang merupakan aset terpenting.


Share:

"KENAPA SUSAH NAK BUAT LOAN PERUMAHAN WALAUPUN TAK PERNAH BERHUTANG?"


=============================================
🏦Sering kali kita mendengar mengapa sesetengah penjawat awam mahupun swasta sangat susah untuk apply loan walaupun mereka tidak pernah berhutang. Susah juga ya kalau tak pernah buat sebarang hutang? Kalau korang tergolong dalam kategori ni, bersiap sedia untuk menghadapi rasa kecewa apabila bank menolak permohonan pinjaman rumah. Mengapa boleh jadi macam ni? Jom korang follow tips ini, in Shaa Allah lepas ni tentu korang dah tahu nak buat apa!
🏦Korang mesti pelik kan? Sepatutnya tak ada hutang laa bagus. Tak logik langsung pembiayaan perumahan pertama ditolak sebab tak pernah berhutang? Seriously, mengarut! Apa sebabnya pihak bank nak kita berhutang terlebih dulu, ataupun ada rekod CCRIS dulu?
🏦First, bank nak tengok kemampuan kita membayar balik hutang tersebut. Kemampuan kita untuk menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karakter kita. Adakah kita culas ataupun tak untuk bayar balik pinjaman tersebut?0 Yelaahhh, pihak bank nak bagi pinjam bukan seribu dua tetapi beratus ribu dik non oiiii! Tempoh bayaran balik bukan setahun dua macam korang main kutu tu. tetapi tempoh yang sangat panjang iaitu selama 30-35 tahun.
🏦Untuk rumah pertama je yang susah sikit. Bila korang dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam. Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah. Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30 hingga 35 tahun. Jadi, pihak bank kena tapis betul-betul permohonan korang. Kewangan kena stabil.
🏦Orang yang ada disiplin saja boleh komited untuk bayar dengan cantic bersama jumlah yang tepat. Kalau tak ada sebarang komitmen atau hutang, bank tak tahu dan tak ada idea korang jenis macam mana. Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan kat mereka yang kemampuan sahaja. Jadi korang kena buktikan yang korang mampu jadi pembayar yang baik.
Selalunya bank akan menfokuskan 3C ini:
🌀 Character
Character ini diteliti berdasarkan rekod pembayaran balik pinjaman atau melalui laporan CCRIS. Pihak bank juga akan menyelidik tentang maklumat peribadi, pekerjaan semasa dan juga tempoh masa bekerja dalam sesebuah syarikat.
🌀Capacity
Capacity diukur berdasarkan jumlah pendapatan korang. Adakah konsisten setiap bulan? Berapa jumlah baki selepas membayar hutang atau komitmen? Pembiayaan perumahan sangat senang jika tahu caranya. Komitmen kat pembiayaan perumahan tak ambil masa yang pendek, tapi antara 30-35 tahun.
🌀Capital
Pihak bank akan menyemak samada anda mempunyai sebarang asset, pelaburan atau simpanan. Berapa jumlah DSR yang tinggal? Adakah dibawah 60%-70%? Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.
🏡 Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)

Share:

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS