About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

"MOZEK 2 KAKI ATAU 1 KAKI? MANA LEBIH UNTUNG??"

_______________________________________________
🌟🌟 Setiap orang pasti 'eksaited' bila dengar nak pindah masuk rumah yang baru dibina kan? Pindah rumah baru bukan sesuatu benda yang senang ya. Bermula dengan sesi penambah baikan dan juga membeli perabut serta kelengkapan rumah. Kebiasaannya tuan rumah sendiri sangat susah untuk membuat keputusan ketika memilih jenis mozek, corak dan juga warna yang sesuai untuk dipadankan. Pergh!! Memang susah sangat kan sebab banyak sangat pilihan.
🌟🌟 Mozek ni bukan sahaja ada warna yang berbeza, malah jenis dan reka bentuk juga pun bervariasi jugak. Macam-macam ado! Kualiti dan kos pun kena kira jugak. Sesuai ke tidak dengan selera kita. Kos untuk memasang mozek memang mahal. Boleh dikatakan ia antara kos besar untuk renovation. Rata-rata antara kita seringkali mengambil jalan singkat dengan memilih harga kos mozek yang rendah kerana berpendapat bahawa semua jenis mozek sama sahaja.
🌟🌟 Sesetengah orang juga lebih prefer untuk memilih mozek 1 kaki kerana beranggapan mozek 2 kaki tidak tahan lama, 2-3 tahun nanti akan meletup. Manakala sesetengah lagi berpendapat mozek 2 kaki ini nampak lebih cantik, 'elegant' dan mewah. Apa-apa pun pilihan kita, pemasangan mozek ini adalah bergantung kepada cara dan hasil kerja daripada tukang/kontraktor yg telah kita upah. Sebab itulah kita sebagai tuan rumah perlu menitikberatkan banyak aspek sebelum membuat keputusan untuk memasang mozek di rumah baru anda.
πŸ’— Mozek Berkualiti.
Sebelum memilih jenis mozek, tanyalah orang yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembinaan. Mereka ini pasti tahu produk atau jenama yang lebih sesuai untuk tiles rumah anda. Pentingnya, kita akan dapat mengenalpasti standard mozek tersebut sama ada ianya bermutu atau tidak.
πŸ’— Mozek yang Sesuai & Betul
Kebiasaannya, permukaan mozek yang licin sangat sesuai untuk lantai dibilik tetamu manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Namun begitu, permukaan mozek yang kasar ini sukar untuk dicuci kerana kekotoran itu sangat susah hendak tanggal.
πŸ’— Guna Tukang Yang Mahir & Profesional
Sebelum mengambil keputusan untuk memasang mozek, pastikan anda mengupah orang yang betul2 mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini. Jadi, hasilnya nanti mestilah sempurna, nampak cantik dan kemas. Kalau sebaliknya, anda pasti akan menyesal kerana tidak berpuas hati dengan hasil tersebut. Oleh itu, hati-hati semasa memilih tukang/kontraktor yaa?
πŸ’— Kunci Utama adalah Penjagaan Rapi
Pastikan setiap hari kita menjaga dengan baik keadaan mozek itu. Keadaan mozek ini pun boleh diiibaratkan seperti baju yang kita pakai di mana kita perlu membersihkannnya jika ada kekotoran. Buatlah jadual berkala untuk menetapkan masa untuk mencuci segala kekotoran dan debu.
🌟🌟Jika kita salah memilih kontraktor dan ditambah pula dengan pemilihan mozek yang tak berkualiti boleh mengakibatkan lantai jadi pecah dan juga bercalar dalam tempoh yang singkat. Tak cantik la kan? Tak sampai sebulan guna, terus ada yang rosak sana-sini.
Untuk pertanyaan lebih lanjut tentang BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI anda boleh menghubungi team ROSDEN BUILDING!
Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta -perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS