• Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

TIPS BILIK TIDUR YANG TERBAIK

-----------------------------------------------------
Tahukah anda bahawa satu pertiga masa di dalam hidup kita dihabiskan di bilik tidur. Oleh itu, kita perlukan lebih perhatian untuk hiasan ruang itu kerana tubuh anda sepatutnya perlu mendapat kesempurnaan maksimum. Tidak semestinya tampil mewah, sama ada bersaiz besar atau kecil ia haruslah menampilkan kesempurnaan dari segala sudut. Jadi hari ini saya ingin berkongsi beberapa tip dalam menata hias ruang itu terutama bagi anda yang mempunyai bilik tidur bersaiz kecil.
Warna pastel
Kebanyakkan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, ia ada kalanya membosankan dan kurang menarik. Dalam situasi itu, anda boleh mewarnai bilik tidur mengunakan warna pastel.
Pastel adalah warna lembut, cair dan sederhana. Sementara warna patel pula membabitkan warna alternatif selain putih supaya bilik tidur lebih kelihatan luas.
Perabot
Pemilik kediaman selalu menyangka perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak. Ia hanya membuatkan bilik itu bertambah sesak jika perabot saiz kecil dalam bilangan banyak ditempatkan. Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sudah memadai.
Cermin
Ia antara medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, kepala katil atau pada almari pakaian.
Pencahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi yang tedapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus pengaliran masuk cahaya. Gunakan bidai atau ‘sheer’ berbanding langsir. Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur, tambahkan lampu meja dan lampu lantai.
Aksesori
Aksesori hiasan dekorasi jenis kemasan cermin atau tahan karat membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas. Selain itu, sekeping gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan pada dinding kepala katil boleh menampakkan ruang itu lebih besar. Inilah antara tip yang boleh anda praktikan supaya dekorasi bilik tidur kecil lebih selesa.


 


Share:

MENGENALI & MEMAHAMI CAT


---------------------------------------------------
---------------------------------------------------
Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini. Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil.
Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu ‘tone’ yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza mengikut ‘batch’ jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor ‘batch’ yang sama.
Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling.
Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan.
Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu.
Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan warna permukaan asal. Lapisan pertama cat emulsion bertindak sebagai ‘undercoat’.
Jenis yang kedua – dirumus khas untuk yang baru belajar – adalah cat tidak menitis yang juga digelar takut-leleh, jeli atau cat satu lapisan.
Cat ini kelihatan seperti jeli dan menjadi cair apabila disapu di atas permukaan. Kemudian ia bertukar menjadi jeli semula dan oleh itu tidak menitis atau meleleh.
Cat ini baik kerana ia lebih pekat dari cat biasa serta sedia mengandungi ‘undercoat’ di dalamnya. Oleh sebab itu walaupun harganya lebih mahal tetapi dalam jangkamasa panjang ia berbaloi.
Cat emulsion tidak menitis juga terdapat dalam bentuk pejal. Bagi cat pejal, pengelek yang digunakan akan menyerap cat secukupnya untuk diaplikasi. Kerana tidak menitis, ia sangat sesuai untuk mengecat siling.
Jangan sesekali mengacau cat tidak menitis sebelum digunakan walaupun ia nampak berketul di dalam tin. Jika ia cair kerana telah digoncang atau dikacau secara tidak sengaja, biarkan ia kembali ke bentuk asalnya sebelum digunakan.
Lapisan cat paling atas (final coat/topcoat) – boleh diakhiri dengan cat gloss, semi-gloss atau matt. Nama lain bagi semi-gloss adalah seperti mutiara, sutera, satin dan sebagainya bergantung kepada suka hati pengeluar cat.
Semakin ‘glossy’ cat yang digunakan semakin kuat dan tahan permukaan yang dikenakan. Cat juga lebih kuat dan tahan-cuaca apabila mengandungi resin sintetik seperti polyurathane.
Ada cat mengandungi aditif yang menjadikan ia lebih tahan api. Cat seperti ini membantu menahan api dari merebak dan kualiti itu menjadikan ia sesuai untuk digunakan ke atas permukaan atau bahan mudah terbakar seperti kayu dan sebagainya.


Share:

8 KESILAPAN SEMASA MEMILIH KOMBINASI WARNA UNTUK RUMAH ANDA


-----------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------
“Aduh, boringlah. Semua putih. Nanti kalau tumpah air sirap tak ke haru? Cubalah guna warna kombinasi sikit. Barulah menyerlah.”
Memang pening nak pilih warna tema untuk rumah. Takut ‘over’ sangat, takut ‘tenggelam’ sangat. Tak ramai sebenarnya yang dapat memadankan warna perabot dengan warna cat rumah yang cantik. Ini antara kesilapan biasa yang boleh anda elakkan.
Ada 8 common mistake yang dilakukan dalam pemilihan warna cat cantik dengan perabot yang sesuai. Kalau boleh, cuba jauhi.
Ini kerana, warna cat rumah cantik tidak semestinya cukup untuk digayakan dengan apa-apa jenis perabot.
1. WARNA CAT RUMAH CANTIK, TAPI TERLALU SELAMAT
Putih melambangkan bersih dan suci. Ramai yang memilih warna ini dalam apa jua jenis kediaman kerana ia warna ‘safe’. Lebih tepat, warna putih sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis dan reka bentuk perabot mahupun soft furniture.
Namun tahukah anda penggunaan warna putih pada dinding, perabot dan soft furniture seperti langsir, sarung bantal, permaidani dan koleksi aksesori deko adalah common mistake yang biasa dilakukan?
Ini adalah kerana dalam ruang yang kecil, serba putih memberi suasana yang boring dan dull. Seharusnya, jika dinding berwarna putih, serikan suasana dengan menggabungkan warna-warna ceria pada soft furniture.
Warna putih tak salah, tapi gabungkan dengan sedikit warna kontra supaya nampak ‘hidup’.
2. GANDINGAN TIDAK SESUAI DI ZON WARNA
Zon warna dilakukan sebagai pemisah ruang misalnya rona hijau untuk ruang tamu dan merah untuk ruang makan.
Namun bagi ruang kecil, gandingan warna antara satu ruang dengan ruang yang lain haruslah sesuai. Jika salah gandingan warna, ruang kecil akan nampak padat dan sempit.
3. PENCAHAYAAN KURANG BERSERI
Pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira sewaktu pencahayaan di waktu malam.
Ada warna yang menambah suasana suram dalam kediaman meskipun diterangi dengan pencahayaan lampu.
Lampu yang kreatif juga dapat mencerahkan suasana serta menjadi penyeri ruang tamu.
4. WARNA LANTAI DIABAIKAN
Biasanya orang lebih fokus pada pemilihan warna cat dan perabot. Tapi tahukah, warna lantai turut mempengaruhi visual dan keseluruhan suasana dalam bilik?
Pastikan warna lantai hampir sama dengan warna bilik. Jika penggunaan warna yang salah, boleh mempengaruhi ketenangan ruang berkenaan.
5. TERLALU BANYAK WARNA DALAM SATU RUANG
Tidak salah jika anda ingin gandingkan pelbagai warna dalam satu ruang namun elakkan guna proportion yang sama.
Pilih satu warna utama dan gunakannya kira-kira 60 peratus dalam ruang. Kemudian tambahkan satu warna, dan gunakannya kira-kira 30 peratus. Pilih warna terakhir dan gunakannya sehingga 10 peratus.
6. GANDINGAN WARNA KONTRA YANG TIDAK SEPADAN
Bukan semua berani bermain dengan warna kontra kerana salah gandingannya, ia memberi suasana yang janggal dan tidak selesa.
Sebab itu harus kreatif dalam membuat suai padan apabila mengguna warna-warna kontra agar tidak berlebihan.
7. WARNA TERLALU GELAP
Satu warna satu ruang! Elak pilih satu warna untuk satu ruang sehingga soft furniture dan hiasan dalaman juga dari rona sama.
Ia akan menyebabkan ruang nampak gelap. Jika ingin juga menggunanya, pastikan memilih warna ton dari gelap ke lembut.
Warna merah pada kusyen sedikit sebanyak membantu ‘menaikkan’ warna yang agak suram.
8. PENGGUNAAN WARNA TERANG YANG BERLEBIHAN
Tidak salah jika ingin guna warna ceria dan terang dalam kediaman tapi pastikan ia diguna secara moderate.
Terlalu banyak warna terang misalnya warna merah boleh menjadikan seseorang itu agresif.
Manakala, warna-warna tenang pula dapat memberi kelegaan dan membantu mendamaikan perasaan.
JOM BINA RUMAH PERTAMA ANDA ATAU RENOVASI RUMAH IDAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING. PAKEJ-PAKEJ YEAR END SALE YANG MENARIK KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA. FREEGIFT PON DAPAT TAU. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. 😉
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

Ingin memiliki Rumah Pertama?

Mudah sahaja dengan syarikat RB.
.
Bagaimana ?
.
Datang sahaja ke pejabat urusan kami untuk tahu dengan lebih mendalam.
.
Konsultan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda MEMILIKI RUMAH PERTAMA.
.
Jangan risau setiap pertanyaan anda akan terjawab 😎
.
Kunjungi kami segera sebelum TERLAMBATTTT.
.
No 22B, Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak
.
Hubungi kami untuk RESPONSE TERPANTAS
014 - 977 8368
05 - 717 8898


Share:

MENJAGA HUBUNGAN KERJA YANG BAIK DENGAN KONTRAKTOR?


-------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
sering kali , pelanggan dan kontraktor akan menghadapi masalah tertentu untuk projek yang kebanyakan bangunan kediaman. Tetapi jika kita fikirkan ia , adalah penting bahawa pelanggan dan kontraktor mempunyai hubungan kerja yang baik untuk datang dengan projek yang mengalir yang lebih berkembang dan pantas. Sebagai pemilik rumah dan pelanggan, anda perlu ingat bahawa kejayaan pembinaan rumah anda terletak pada kontraktor. Oleh itu, anda perlu bekerjasama dan menyelesaikan isu-isu sebelum perkara datang menjadi lebih buruk .
Pertama, anda perlu mencari kontraktor yang telah melakukan banyak projek dan mempunyai maklum balas yang positif terhadap kerja-kerja mereka . Anda boleh meminta rakan-rakan atau rakan sekerja jika mereka tahu kontraktor yang boleh melakukan rumah idaman anda . Selain daripada maklum balas , anda juga perlu melihat tentang harga ditawarkan oleh mereka. Jangan dibutakan oleh harga yang rendah kerana ini boleh mengakibatkan ke dalam kualiti kerja yang lebih rendah. Kebanyakan masa , mereka yang mengenakan jumlah yang agak tinggi prestasi yang lebih baik dan akan memberikan anda sebuah rumah yang baik hasilnya . Jadi, jika anda telah memilih kontraktor, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah untuk memastikan bahawa anda akan dapat untuk membina hubungan yang baik dengan mereka. Berikut adalah beberapa tip bagaimana anda boleh melakukannya .
1. Tahu apa yang anda mahu.
Tiada yang lebih menjengkelkan daripada pelanggan yang tidak tahu apa sebenarnya yang dia mahu. Ini boleh membawa kepada semakan pelan banyak, kelewatan pembinaan dan salah faham. Sebab itu, adalah penting bahawa anda mampu untuk memberitahu kontraktor apa yang anda benar-benar mahu. Jika anda tidak pasti, rujuk pakar-pakar untuk mereka boleh memberikan nasihat yang baik mengenainya. Mempunyai "idea-idea folder" di mana gambar-gambar apa yang anda mahu untuk rumah anda. Dengan cara ini, ia akan lebih mudah bagi anda untuk menjelaskan kepada kontraktor. Sebaik sahaja anda mempunyai kedua-dua bersetuju pada itu, tidak berubah lagi.
2. Tahu mengenai projek itu.
Anda kena rasa kebimbangan dan tiada isu-isu akan timbul jika anda sedar apa skop projek iaitu, berapa lama adalah proses kerja dan setiap yang terperinci projek. Sebaik sahaja anda sedar segala-galanya terutama had masa, anda akan dapat untuk mengesan pembinaan dan anda akan bebas daripada kebimbangan.
3.Setuju sebelum memulakan.
Sebelum projek bermula, pastikan kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai segala-galanya. Apabila bajet, tempoh masa, skop kerja dan butir-butir lain baik-baik saja, maka ia adalah masa untuk menandatangani kontrak. Kontrak mengikat kedua-dua pihak yang kedua-dua mereka akan mengikut apa yang mereka telah dipersetujui dan akan memastikan keselamatan bagi kedua-dua pelanggan dan kontraktor juga. Jangan sekali-kali pernah memulakan projek jika perkara-perkara yang masih tidak jelas.
4. Setuju pada pembayaran.
Wang adalah faktor penting. Sebagai pelanggan, anda perlu membayar kontraktor anda tepat pada masanya berdasarkan bagaimana anda bersetuju untuk memastikan bahawa projek tersebut tidak akan berhenti. Ingat bahawa bayaran anda diperlukan supaya pihak kontraktor boleh membeli bahan, membayar pekerja, pembekal dan lain-lain. Tanpa bayaran anda, pembinaan rumah anda tidak akan selesai sekaligus. Jadi, pembayar yang baik dan membayar mengikut apa yang anda dan kontraktor telah dipersetujui.
5. Ikut jadual kerja.
Projek ini perlu mengikut jadual. Ia boleh menjadi lebih awal daripada jadual, tetapi ia tidak boleh lewat. Pelanggan mempunyai untuk membayar pada masa seperti apa yang kami nyatakan di atas kerana bayaran lambat atau tiada bayaran akan menghalang kontraktor dan pekerja untuk melaksanakan dengan baik kerana kekurangan dana. Ia adalah tanggungjawab kontraktor untuk mengikuti jadual semasa iaitu tugas pelanggan untuk membayar pada masanya.
6. Berbuat baik dan bertimbang rasa.
Kontraktor itu adalah seorang manusia dan sebagainya adalah pekerja juga. Ia tidak bermakna bahawa hanya kerana anda membayar mereka wang yang mereka adalah hamba anda. Itulah sebabnya anda perlu bertimbang rasa setiap masa. Seperti jika mereka bekerja lebih masa, anda boleh menunjukkan isyarat kecil yang teliti dengan hanya memberi mereka makan atau makanan ringan. Ini akan menyelamatkan mereka masa dari membeli makanan ke tempat-tempat lain. Juga, tidak mengharapkan kontraktor anda untuk menjawab panggilan anda setiap masa. Jika ia adalah di luar waktu perniagaan biasa, tidak memanggil. Mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri juga.
7. Boleh diakses dan mudah didekati.
Komunikasi adalah satu perkara yang penting terutama apabila satu projek besar sedang bekerja. Mungkin ada ketikanya keputusan besar perlu dibuat pada waktu tertentu dan kontraktor perlu mencapai pelanggan sekaligus. Oleh itu, anda perlu boleh diakses walaupun hanya melalui panggilan. Jika anda tidak boleh melayan bila-bila masa ini, anda boleh melantik seorang pengurus projek untuk melakukannya untuk anda.
8. Stick dengan pelan rumah.
Seperti biasa, pelan rumah diperlukan untuk projek. Segala-galanya dalam ia diluluskan oleh pelanggan dan akan diikuti oleh kontraktor. Pelanggan perlu mengelakkan perubahan fikiran tentang reka bentuk dan lain-lain kerana ini akan menjadi satu jumlah membuang masa, usaha dan bahan. Sebaliknya, kontraktor juga perlu mengikuti rancangan itu kecuali pada keadaan apabila reka bentuk tidak muat pembinaan sebenar.
9. Meluahkan pendapat secara membina.
Cara anda bercakap dan kata-kata yang anda pilih amat memberi kesan mesej yang anda ingin sampaikan. Apabila menyatakan pendapat anda, katakan dengan baik. Menghormati antara satu sama lain dan komunikasi yang membina setiap masa.
10. Berikan rujukan kontraktor dan maklum balas yang jujur​​.
Menunjukkan penghargaan anda untuk kerja-kerja yang dilakukan kontraktor dengan merujuk mereka kepada orang lain dan dengan memberikan mereka maklum balas yang baik. Kontraktor akan merasa lega apabila anda memberitahu mereka bahawa anda suka kerja mereka. Kata-kata manis daripada pelanggan akan gembira Dan akan menggalakkan kontraktor untuk memberi perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan mereka.
JOM BINA RUMAH PERTAMA ANDA ATAU RENOVASI RUMAH IDAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING. PAKEJ-PAKEJ YEAR END SALE YANG MENARIK KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA. FREEGIFT PON DAPAT TAU. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. 😉
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)

 


Share:

PIHAK KERAJAAN YAKIN 90% TERHADAP SYARIKAT RB.

------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Wauu!!! Lagi dan lagi.Alhamdulillah. Hari ini pihak RB telah memasang lagi signage sekitar Pekan Lama berhampiran Pak Mat Kerang. Ini membuktikan bahawa syarikat Rosden Building & Property telah mewujudkan satu fenomena baru di Daerah Kerian dan menunjukkan pihak kerajaan yakin dan percaya dengan syarikat RB ini.
Dengan adanya signage ini memberi peluang ramai masyarakat daerah kerian dan pihak kerajaan mengenali lebih dekat dengan RB yang merupakan Kontraktor Terbaik di kerian serta pihak kerajaan yakin untuk memberi projek kepada syarikat Rosden Building & Property. TAHNIAH RB!!

 



Share:

SENI BINA TUNTUTAN ISLAM (IKUT ARAH KIBLAT)


-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
RUMAH tersergam indah pastinya menjadi pilihan ramai. Bermula dari pemilihan lokasi, reka bentuk, hiasan dalaman sehinggalah kepada pemilihan perabotnya. Ramai dalam kalangan pemilik menggunakan amalan seperti Fengshui bagi mengetahui kawasan rumah yang bakal diduduki sentiasa selamat dan membawa tuah.
Tidak dinafikan setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam aspek kemudahan, keselesaan dan keselamatan isi rumah. Islam adalah agama syumul untuk semua penganutnya dan sudah tentu akan ada kebaikan dalam setiap perkara yang dilakukan.
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Fadzli Abdul Aziz berkata susun atur dan reka bentuk dalam Islam adalah untuk memudahkan penghuni rumah dari segi syariat Islam terutamanya apabila menyentuh bab mengenai kiblat.
“Sebenarnya menurut perspektif Islam adalah untuk memberi keringanan kepada penghuni rumah dalam menjaga syariat dan supaya isi rumah dapat melakukan ibadat dengan sempurna. Jadikan ruang tandas sebagai contoh, jika dalam Islam kita ke tandas kena baca doa dan dahulukan kaki kiri. Jadi dengan reka bentuk susun atur tertentu memudahkan bagi kita mengamalkan sunnah dan secara automatiknya hendak ke tandas masuk kaki kiri, sangat mudah.
“Kita tengok hari ini, banyak rumah dibina oleh pemaju yang kurang sensitif mengenai syariah Islam. Saya tidak merujuk kepada semua, hanya segelintir pemaju. Antaranya tandas dibina menghadap kiblat,” katanya kepada Rehal baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun duduk dalam rumah, masih ada ruang yang perlu dijaga auratnya seperti kedudukan ruang tamunya dan sebagainya. Kadang-kadang sesetengah binaan rumah apabila masuk ke dalam terdedah semuanya isinya. Sebagai contoh, jika ada saudara perempuan yang sedang memasak di dapur tiba-tiba tetamu datang, menyebabkan saudara perempuan terkejar-kejar ke bilik mencari tudung.
Ada satu hadis yang boleh dikaitkan dengan situasi iaitu yang bermaksud diberikan kebajikan dan dihapuskan kejahatan kepada mereka yang tidak membelakangkan kiblat atau menghadap kiblat semasa mengqada hajat.
Sebagai penghuni rumah yang beragama Islam sudah tentu persoalan mengenai arah kiblat menjadi perhatian. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti tidak senang hati jika keadaan rumah yang dibina tidak memenuhi tuntutan syariah walaupun berharga jutaan ringgit.
JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH IDAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING. PAKEJ-PAKEJ YEAR END SALE YANG MENARIK KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI DAN FREEGIFT YANG MENARIK KAMI SEDIAKAN. 😉
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

RB BUAT YEAR END SALE (Y.E.S) GILA-GILA? 😱

----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
YEAR END SALE RB menjelma lagi!! Ini bukan main-main tapi benar belaka uollzz. Harga runtuh??betul ke?? 😱 Ya betul, dengan 3 pakej ditawarkan sempena Y.E.S ini iaitu pakej RESIDENSI ROSDEN I, II, & III memang harga mampu milik.😉
Bukan sahaja harga runtuh RB tawarkan, tetapi FREEGIFT yang menarik dan berbaloi akan diberikan kepada pelanggan yang mengambil perkhidmatan dari RB untuk pakej Year End Sale ini. Bagus tak RB?? Apa tunggu lagi rebut peluang Keemasan ini. JOM BINA RUMAH PERTAMA ANDA BERSAMA RB. SERVIS KAMI FIRST CLASS BUKAN BIASA-BIASA. 😊
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

RB MENJADI TUNGGAK DAERAH KERIAN!!


--------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
PIHAK KERAJAAN YAKIN 90% TERHADAP SYARIKAT RB.
Alhamdulillah. Banyak signage telah dipasang sekitar Pekan Lama berhampiran Pak Mat Kerang. Ini membuktikan bahawa syarikat Rosden Building & Property telah mewujudkan satu fenomena baru di daerah kerian dan menunjukkan pihak kerajaan yakin dan percaya dengan syarikat RB ini.
Dengan adanya signage ini memberi peluang ramai masyarakat daerah kerian dan pihak kerajaan mengenali lebih dekat dengan RB serta pihak kerajaan yakin untuk memberi projek kepada syarikat Rosden Building & Property. TAHNIAH RB!! 



😊

Share:

TIPS HIAS RUMAH D.I.Y. (DO IT YOURSELF)


-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
Kalau tidak ada barang hiasan, pasti terasa hambar pada ruang. Mahu beli barang hiasan pula sekarang barang semakin mahal. Sana-sini orang sibuk menaikkan harga barangan jualan masing-masing. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk ini, kita masih ada cara untuk menghias rumah tanpa mengeluarkan modal yang besar. Malah ia mungkin boleh diperolehi secara percuma. Orang yang bijak dan kreatif pasti akan ada seribu cara untuk menghasilkan sesuatu jika benar-benar inginkannya.Tapi tak semestinya menunggu diri menjadi bijak dan kreatif, dengan teknologi yang ada, kini kita boleh rujuk pada video-video di youtube untuk menghasilkan sesuatu secara D.I.Y (do it yourself).
1. MENGHARGAI BARANG LAMA
Orang yang menghargai barang dan bersifat sentimental dan penuh emosi pasti sukar melepaskan barang lama terutamanya yang ada nilai sentimental dan kenangan pada barang-barang tersebut. Barang-barang ini tersimpan dengan rapi sama ada di dalam stor atau pun di bawah katil. Sebenarnya, barang-barang ini boleh dikeluarkan semula dan disusun dengan cara yang kreatif untuk mengimbas nostalgia. Jika perlu baiki, dan naikkan seri barang tersebut sebelum digunakan sebagai penghias sudut.
Contoh barang seperti bingkai lama rumah atok, kerusi malas nenek, cerek besi emak, kotak kayu makcik dan sebagainya.
2. KITAR SEMULA
Banyak idea kitar semula boleh kita peroleh dari internet terutamanya di video Youtube. Jika belum ada idea, lambatkan proses membuang barang. Asingkan ke semua barang buangan ini mengikut kategori seperti kertas, plastik, kotak, kayu dan sebagainya. Apabila telah jumpa cara-cara untuk membuat sesuatu barang perhiasan menggunakan bahan buangan ini, segeralah kita melakukannya. Antara barang hiasan yang boleh dicipta dari bahan kitar semula adalah seperti:
botol kosong : tempat letak pensil, tempat letak sudip, pasu bunga keladi air di bilik air, tabung anak
kayu : para unik, bingkai gambar, ukiran, tempat duduk, meja
plastik : alas, karung, penutup lampu bewarna, beg simpan barang mainan
kotak : sistem penstoran, hiasan dinding, bingkai gambar
kain : alas meja, alas kaki, langsir, apron.
3. PENGGABUNGAN
Jika sudah mahir menggunakan barang buangan, pasti mudah untuk menggunakan pelbagai jenis barang untuk menghasilkan suatu barang hiasan. Misalnya dengan menggabungkan batu, kayu dan besi, dapat dijadikan rak buku yang kukuh dan menylesaikan masalah tiada tempat simpan buku. Dengan menggunakan kain dan besi pula boleh menghasilkan titai atau bidai.
4. GUNAKAN KEMAHIRAN
Kemahiran adalah anugerah Allah yang paling indah. Ramai yang mampu melukis, menukang, menjahit dan memahat. Kemahiran-kemahiran ini boleh diguna pakai dalam menghias rumah . Yang pandai melukis boleh melukis di dinding, atau membuat lukisan di kanvas kemudian di bingkaikan. Yang pandai menukang boleh menghasilkan rak dan bingkai yang menarik. Boleh juga menghasilkan tempat duduk atau meja yang kreatif. Bagi yang boleh menjahit pasti seronok jika dapat menghasilkan langsir, sarung kusyen, dan wall fabrik sendiri. Bagi yang boleh memahat akan menghasilkan arca dan ukiran yang unik agar dijadikan simbol keunikan hiasan di dalam rumah masing-masing.
5. TIRUVASI
Jika kita lihat dan geram barang hiasan yang dipamerkan di kedai barang perhiasan rumah, jika boleh, ambil gambarnya. Balik rumah, cuba lihat semula barang-barang yang digunakan. Dapatkan material nya dan cuba buatkannya sendiri. Jika kita tidak mahir membuatnya, tanyakan pada adik beradik atau kawan yang mempunyai tangan seni. Tunjukkan gambar barang yang diminati dan tiru sahaja serta tambahkan sedikit sentuhan unik sendiri. Hasilnya, hanya kita sahaja yang memiliki perhiasan ini. Walau sama seperti di kedai tapi tak serupa. Kadang kala apa yang dilihat di kedai sebenarnya boleh dibuat sendiri kerana yang membuatnya adalah orang juga. Jadi jika orang lain boleh lakukan, pasti tangan kita juga boleh lakukan atau kita minta bantuan tangan orang yang boleh melakukannya. 
Kesimpulan di sini, kita masih boleh dapatkan barang hiasan rumah yang unik dan cantik dengan sentuhan sendiri juga selain membeli di kedai barang perhiasan. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan banyak wang. Kenapa perlu berbelanja lebih  malah yakinilah hasil buatan sendiri.
JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH IDAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING. PAKEJ-PAKEJ YANG MENARIK KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. 😉
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

OOOHH RB LAGI? 😱😱

----------------------------------------
----------------------------------------
Wahh!! Tahniah Rosden Building & Property telah menjadi rebutan pihak media dan akan masuk BERITA BERNAMA!!! Bagus tak syarikat RB ni?? 😉
Siapa pemilik Rosden Building & Property ni? lain tak bukan semestinya 'Minah Sado' Cik Nur Farah Rosden. Kenapa 'Minah sado' ni menjadi rebutan sangat?? nak tahu?? 🤔..Haa mehh baca lagi..
Beliau telah melakar banyak kejayaan dan menjadi sebutan masyarakat daerah kerian, HEBAT bukan?? Siapa sangka gadis berumur 25 tahun mampu menjadi jutawan dalam bidang pembinaan dan telah berjaya menjadi kontraktor terbaik di daerah kerian. Beliau kini mampu berdiri sama tinggi dan seiring dengan kontraktor lelaki yang lain dan membuktikan beliau wanita yang HEBAT.
Nak tahu lebih banyak kisah hebat 'Minah Sado' ni? Mehh baca keratan akhbar dari Sinar Harian harini 7/12/17 (Khamis) atau klik link dibawah buka n share laju-laju👇


Share:

APA ITU PINJAMAN KOPERASI & BAGAIMANA IA BERBEZA DARIPADA PINJAMAN BANK KOMERSIAL?



--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
Pinjaman Koperasi ialah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan kakitangan institusi entiti sekutu kerajaan negeri yang tertentu (lembaga).
Pinjaman ini adalah ditawarkan oleh pihak koperasi (seperti Koperasi Ukhwah, Gemilang, Kobeta) atau yayasan (seperti Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis) di Malaysia.
Selain itu, beberapa bank tertentu juga bekerjasama dengan entiti tempatan (seperti Public Bank-MCCM Resources dan RHB-iDestinasi) untuk menyediakan Pinjaman Koperasi dengan skim bayaran balik potongan gaji melalui Biro ANGKASA.
- Ciri-ciri Utama Pinjaman Koperasi
Bayaran balik Pinjaman Koperasi dilakukan melalui perkhidmatan potongan gaji yang disediakan oleh Biro ANGKASA atau Akauntan NegaraJumlah pembiayaan bermula daripada RM2,000 hingga RM250,000Tidak bercagar dan penjamin tidak diperlukanDana serbaguna – penyatuan dan penstrukturan hutang, pembelian rumah atau kereta, permulaan atau perkembangan perniagaan, pendidikan, bil perubatan, dan lain-lain
- Perbezaan antara Pinjaman Koperasi dan Pinjaman Bank
Walaupun serupa dalam pelbagai aspek, Pinjaman Koperasi mempunyai beberapa ciri-ciri yang tersendiri:
1. Bayaran balik – Pembayaran balik Pinjaman Koperasi adalah melalui potongan terus daripada gaji peminjam dan diuruskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara. Biasanya, bayaran balik pinjaman bank dilakukan melalui autodebit atau bayaran ansuran bank-in secara manual. Meskipun begitu, terdapat situasi di mana bank komersial menawarkan pilihan potongan gaji.
2. Tempoh – Tempoh Pinjaman Koperasi lazimnya sehingga 10 tahun, berbanding tempoh 5-7 tahun yang ditawarkan oleh kebanyakan bank;
3. Kriteria kredit – Oleh sebab pembayaran balik melalui potongan gaji, kriteria kelulusan bagi Pinjaman Koperasi adalah lebih mudah berbanding pinjaman bank. Permohonan golongan peminjam yang mempunyai rekod CTOS negatif, komitmen tinggi atau yang ditandakan dengan “akaun perhatian khas” di CCRISmasih ada peluang untuk diluluskan. Baca disini untuk ketahui lebih lanjut mengenai CTOS and CCRIS;
4. Kadar faedah & jumlah bersih bayaran keluar (payout) – Kadar faedah Pinjaman Koperasi biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan bank komersial. Namun, seseorang itu perlu tahu bahawa Pinjaman Koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Jumlah bayaran keluar (payout) ini ialah antara lingkungan 70% hingga 98% bergantung pada pihak Koperasi. Oleh itu, sentiasa ambil tahu tentang kadar faedah serta jumlah bayaran tunai (cash in hand) yang akan diterima;
5. Jenis pemohon – Pinjaman Koperasi dikhaskan untuk penjawat awam manakala permohonan pinjaman bank terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam.
- 3 sebab mengapa anda patut mempertimbangkan Pinjaman Koperasi
1. Alternatif untuk permohonan pinjaman bank komersial yang tidak diluluskan
Biasanya, proses kelulusan Pinjaman Koperasi lebih fleksibel jika dibandingkan dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Kebanyakan koperasi menerima permohonan peminjam yang mempunyai rekod CCRIS / CTOS negatif (contoh: akaun perhatian khas atau melebihi 3 bulan bayaran lewat) mahupun peminjam yang tiada sejarah kredit. Koperasi kemungkinan dapat meluluskan pinjaman bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.
Namun begitu, Pinjaman Koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam bagi memastikan peminjaman yang bertanggungjawab.
2. Selesaikan bayaran tertunggak dan padamkan rekod negatif CCRIS / CTOS
Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman yang mana anda sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda. Dalam perkara ini, lebih baik untuk memohon Pinjaman Koperasi dan gunakan hasilnya untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Ini bukan sahaja akan memadam rekod negatif CCRIS/CTOS anda tetapi memberikan fleksibiliti yang anda perlukan.
Meskipun begitu, anda disarankan supaya berdisiplin dan membayar balik semua komitmen dan pinjaman anda tepat pada masanya untuk mengekalkan rekod kredit yang cantik.
3. Gabungkan hutang kad kredit dengan kadar faedah rendah Pinjaman Koperasi
Walaupun anda mempunyai sejarah kredit yang baik, Pinjaman Koperasi mungkin bermanfaat dalam mengurangkan beban kewangan anda. Jika anda mempunyai baki kad kredit dimana berfaedah 15 atau 18% setiap tahun atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, anda boleh gunakan Pinjaman Koperasi untuk menggabungkan dan membayar balik hutang yang tinggi ini. Sebagai contoh, Public Bank menawarkan sehingga 10 tahun tempoh pinjaman peribadi dengan kadar faedah serendah 4.88% setiap tahun sahaja.
Sebelum anda memohon pinjaman peribadi, pertimbangkan Pinjaman Koperasi untuk kadar faedah rendah, proses kelulusan yang mudah dan manfaatnya dalam mencegah rekod CCRIS / CTOS negatif. Sentiasa semak butiran produk kewangan, kadar faedah dan tempoh sesuatu pinjaman. Mengikut keadaan kewangan peribadi anda, anda mungkin mendapati Pinjaman Koperasi sebagai penyelesaian yang lebih sesuai untuk anda.
RUMAH ANDA ADA MASALAH?
Tengah cari pakar untuk memyelesaikan?
Bumbung bocor ? Ceiling rumah terkopak ? Lantai pecah ? Dinding retak ?
.
Taktau mana nak dapatkan perkhidmatan REPAIR & RENOVASI terpantas ?
.
RB ada penyelesaiannya ! Call sahaja kami, dengan segera kami akan sampai ke rumah anda !
.
Semestinya servis yang TERBAIK & TERPANTAS dari team RB.
.
Jangan ragu2 lagi, anda ada MASALAH ? Kami SOLUTION anda !
.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

SELAIN BINA RUMAH, TANAM SAYUR- SAYURAN, UNTUNG ADA TANAH.


------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
Sudah terang lagi bersuluh, sayur-sayuran merupakan salah satu sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain membina rumah, tanah yang ada kita boleh menanam sayur-sayuran untuk masa hadapan. Walaupun begitu, peningkatan harga barangan termasuk sayur-sayuran sejak belakangan ini telah menjadi alasan bagi sesetengah rakyat Malaysia untuk tidak makan sayuran. Lantaran itu, kegiatan menanam sayur-sayuran di kawasan sekitar rumah yang terdapat tanah berlebihan amat digalakkan oleh pihak kerajaan bagi menangani kos sara hidup yang tinggi ini.
Sesungguhnya, kegiatan menanam sayur-sayuran seperti bayam,sawi dan kangkung dan sayur-sayuran lain mempunyai seribu satu kebaikan kepada kehidupan seharian kita.
Antara faedah menanam sayur-sayuran adalah dapat menyihatkan tubuh badan. Sebagai contohnya, kerja-kerja seperti menggembur tanah, menyiram tanaman dan sebagainya akan menyebabkan seseorang itu berpeluh. Pengeluaran peluh akan menyingkirkan toksik yang berlebihan daripada badan. Hal ini sekali gus akan melancarkan sistem pengaliran darah dalam tubuh badan kita yang mendorong kepada pembentukan minda yang cerdas kerana Badan Cergas, Otak Cerdas.
Selain itu, kita juga dapat mengisi masa senggang dengan menanam sayur-sayuran di kawasan rumah Di tanah yang kita miliki. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan bercucuk tanam dapat dijadikan hobi yang bermanfaat kepada kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini lebih baik daripada melepak dan bergaul dengan rakan-rakan yang liar. Secara tidak langsung, kita dapat memanfaatkan masa yang kita ada dengan kegiatan yang berfaedah kerana masa itu emas.
Selain itu, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan melalui aktiviti bercucuk tanam. Hal ini samalah dengan pepatah Melayu, bagai isi dengan kuku. Justeru, kita dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan ahli keluarga menerusi kegiatan menanam sayur-sayuran di kawasan rumah. Dalam pada itu, aktiviti tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan wasilah kekeluargaan yang kian renggang dek arus modenisasi bahkan dapat juga mendatangkan manfaat dari segi fizikal.
Di samping itu, kita juga dapat menjimatkan perbelanjaan harian melalui hasil tanaman sayur-sayuran. Misalnya, seisi keluarga akan dapat menikmati hasil tanaman yang segar, berkhasiat serta bebas daripada bahan kimia yang berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan. Apabila bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah, kita tidak perlu kerap ke pasar untuk membeli sayur-sayuran. Pada masa yang sama, langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan turut dapat dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Sekiranya kegiatan menanam sayur-sayuran dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Hal ini dapat menampung keperluan membeli barang-barang dapur.
Faedah menanam sayur-sayuran yang seterusnya adalah dapat mengelakkan tanah atau kawasan lapang di sekitar rumah daripada terbiar. Oleh itu, kawasan tersebut tidak akan terbiar begitu sahaja dan dapat dimanfaatkan. Seperti yang kita ketahui, tanah yang terbiar selalunya didiami oleh binatang-binatang berbisa. Contohnya, ular dan kala jengking. Dengan bercucuk tanam, binatang-binatang tersebut tidak akan berpeluang berkeliaran atau membiak sekali gus keselamatan ahli keluarga dan masyarakat tempatan tidak lagi terancam seperti telur di hujung tanduk. Apabila kita membersihkan persekitaran kawasan rumah untuk ditanam dengan pelbagai sayuran hijau, sudah semestinya menyegarkan setiap mata yang memandang. Hal ini akan mendorong orang lain khususnya golongan muda agar bercucuk tanam kerana yang baik dipakai, yang buruk dibuang.
Tambahan pula, menanam sayur-sayuran turut dapat memupuk sikap bersedekah dalam kalangan masyarakat setempat. Contohnya, kita dapat berkongsi sebahagian daripada hasil tanaman sayur-sayuran yang kita miliki dengan jiran tetangga. Hal ini menjadikan hasil sayur-sayuran sebagai wadah silaturahim antara rakyat yang berbilang kaum,bangsa dan agama. Bak kata pepatah, Orang Memberi, Kita Merasa. Sesungguhnya, aktiviti menanam sayur-sayuran bukan sahaja mendatangkan faedah dari segi fizikal dan mental bahkan dapat juga memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu dalam kalangan anggota masyarakat.
Tuntasnya, semua pihak perlulah bersinergi bagai aur dengan tebing dalam menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita yang tercinta. Hal ini demikian kerana, sayur-sayuran yang ditanam sendiri mampu membawa banyak faedah kepada kita. Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Oleh itu, bersama-samalah kita berbakti kepada tanah. Impaknya, kita sendiri yang akan menikmati hasil yang lumayan daripada kegiatan menanam sayur-sayuran tersebut.
Rumah anda ada masalah? Tengah cari pakar untuk memyelesaikan?
Bumbung bocor ? Ceiling rumah terkopak ? Lantai pecah ? Dinding retak ?
.
Taktau mana nak dapatkan perkhidmatan REPAIR & RENOVASI terpantas ?
.
RB ada penyelesaiannya ! Call sahaja kami, dengan segera kami akan sampai ke rumah anda !
.
Semestinya servis yang TERBAIK & TERPANTAS dari team RB.
.
Jangan ragu2 lagi, anda ada MASALAH ? Kami SOLUTION anda !
.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

SKIM KWSP VS SKIM PENCEN : Yang Mana Lebih bagus?


---------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------
Bagi penjawat awam yang baru dilantik, mereka pada mulanya akan diletakkan di bawah skim KWSP yang mana sebahagian gaji (11%) akan dipotong ke akaun KWSP berserta tambahan caruman (12 @ 13%) daripada majikan.
Apabila disahkan perkhidmatan (kebiasaannya dalam masa 3 tahun selepas pengesahan lantikan), mereka perlu memilih samaada ingin kekal dalam skim KSWP atau berpindah ke skim pencen.
Dan pilihan yang dibuat nanti adalah mandatori dan tidak boleh diubah. Jadi, memang menjadi dilema samaada nak memilih skim KWSP atau skim pencen. Hakikatnya, kedua-dua skim ada kebaikan dan keburukannya. Jadi, membuat pilihan terbaik yang paling sesuai dengan diri kita adalah sangat penting.
Skim KWSP vs Skim Pencen
Secara asasnya, perbandingan atau perbezaan antara skim KWSP dan skim pencen adalah seperti yang berikut:
1. Asas perundangan
Skim KWSP tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452).
Manakala skim pencen pula tertakluk kepada Akta Pencen 1980 (Akta 227), Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).
2. Skim caruman
Jumlah caruman ke akaun KWSP bagi kedua-dua skim KWSP dan pencen adalah sama, iaitu atas kadar 12% emolumen (gaji dan imbuhan tetap) oleh Kerajaan (13% bagi mereka yang berpendapatan kurang RM 5000) dan 11% oleh penjawat awam sendiri.
Bezanya, caruman ini akan diteruskan sepanjang perkhidmatan bagi mereka yang memilih skim KWSP manakala bagi mereka yang memilih skim pencen, caruman akan dihentikan selepas pengesahan status skim pencen diberikan.
Selepas caruman dihentikan, golongan skim pencen dibenarkan mengeluarkan sebahagian duit dalam akaun KWSP mengikut perkiraan dan syarat-syarat yang ditetapkan.
3. Pemberian taraf berpencen
Untuk skim KWSP, tiada konsep taraf berpencen.
Pemberian taraf berpencen adalah eksklusif untuk mereka yang memilih skim pencen setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dengan taraf berpencen ini, golongan skim pencen layak untuk menerima faedah persaraan dan faedah terbitan dengan syarat-syarat tertentu.
4. Faedah persaraan/faedah terbitan
Faedah persaraan dan faedah terbitan adalah keistimewaan utama yang menyebabkan ramai pekerja kerajaan memilih skim pencen.
Faedah persaraan melibatkan bayaran gantian cuti rehat (GCR), ganjaran sekaligus (gratuiti) dan pencen bulanan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Faedah terbitan pula adalah bayaran-bayaran yang diberikan kepada waris (balu/duda, anak dan ibu/bapa) jika penerima pencen asal meninggal dunia, samaada semasa dalam perkhidmatan ataupun setelah berpencen.
Golongan skim pencen juga menerima keistimewaan pemberian tambahan pencen hilang upaya, pencen tanggungan dan elaun tanggungan mengikut situasi-situasi tertentu.
Lebih istimewa lagi, bayaran pencen bulanan, pencen terbitan, pencen hilang upaya dan pencen tanggungan akan diselaraskan jika berlaku semakan atau pelarasan gaji sektor awam secara umum.
Untuk skim KWSP pula, tiada keistimewaan-keistimewaan ini walaupun bekerja sehingga tamat tempoh bersara wajib.
Golongan skim KWSP hanya akan menerima GCR (dengan syarat bekerja sehingga tamat tempoh bersara wajib) dan jumlah caruman dalam akaun KWSP berserta dividen-dividennya.
5. Faedah perubatan
Sebelum ini, faedah perubatan hanya diberikan kepada golongan skim berpencen.
Tetapi selepas pengumuman kerajaan pada Mac 2011, kedua-dua golongan skim berpencen dan skim KWSP layak menerima faedah perubatan dengan syarat-syarat tertentu.
Faedah perubatan membolehkan pesara dan tanggungan mereka menerima kemudahan rawatan perubatan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.
6. Pinjaman/pembiayaan rumah kerajaan
Semasa tempoh perkhidmatan, kedua-dua golongan skim KWSP dan skim pencen layak menerima keistimewaan pinjaman/pembiayaan rumah dari kerajaan (dikendalikan Bahagian Pinjaman Perumahan, BPP atau sekarang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, LPPSA)
Bezanya, tempoh pembiayaan/pinjaman untuk golongan skim KWSP terhad sehingga tempoh bersara wajib/pilihan sahaja.
Jika masih ada baki pun, bayaran penuh akan dipotong dari akaun KWSP penjawat awam terlibat.
Sebagai contoh, jika mula memohon pembiayaan pada umur 35 tahun, tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah sehingga umur bersara wajib sahaja iaitu 60 tahun (tempoh pembiayaan 25 tahun berbanding maksimum 35 tahun)
Akibatnya, disebabkan tempoh pembiayaan yang dihadkan, bayaran ansuran bulanan akan menjadi lebih tinggi.
Oleh kerana itu, golongan skim KWSP perlu membuat pembiayaan/pinjaman perumahan kerajaan seawal mungkin jika ingin memohon pembiayaan/pinjaman perumahan kerajaan dalam tempoh yang lama.
Berbeza untuk golongan skim pencen, tempoh pembiayaan/pinjaman boleh dilanjutkan sehingga tempoh maksimum (35 tahun) walaupun melepasi tempoh bersara.
Bayaran baki pembiayaan/pinjaman tersebut boleh diselesaikan menggunakan bayaran ganjaran sekaligus ataupun pencen bulanan.
Dengan keistimewaan ini, golongan skim pencen boleh mengurangkan bayaran ansuran bulanan kerana tempoh pembiayaan boleh dipanjangkan semaksimumnya.
7. Tamat perkhidmatan tanpa bersara
Tamat perkhidmatan tanpa bersara melibatkan pemberhentian kerja sukarela ataupun dibuang kerja kerana tindakan tatatertib yang mana berlaku sebelum tempoh bersara wajib/pilihan.
Jika hal ini terjadi kepada golongan skim KWSP, mereka tidak terjejas apa-apa kerana segala caruman samaada dari kerajaan atau sendiri berserta dividennya masih kekal dalam akaun KWSP masing-masing. Cumanya mereka akan hilang keistimewaan faedah perubatan.
Tetapi, bagi golongan skim pencen, mereka akan terjejas kerana segala keistimewaan faedah pencen, faedah terbitan dan faedah perubatan tidak akan diterima.
Mereka hanya akan menerima baki caruman (kerajaan dan pekerja) dalam akaun KWSP yang diberikan sebelum disahkan berpencen.
RUMAH ANDA ADA MASALAH?
Bumbung bocor ? Ceiling rumah terkopak ? Lantai pecah ? Dinding retak ?
.
Taktau mana nak dapatkan perkhidmatan REPAIR & RENOVASI terpantas ?
.
RB ada penyelesaiannya ! Call sahaja kami, dengan segera kami akan sampai ke rumah anda !
.
Semestinya servis yang TERBAIK & TERPANTAS dari team RB.
.
Jangan ragu2 lagi, anda ada MASALAH ? Kami SOLUTION anda !
.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS