About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

8 KESILAPAN SEMASA MEMILIH KOMBINASI WARNA UNTUK RUMAH ANDA


-----------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------
“Aduh, boringlah. Semua putih. Nanti kalau tumpah air sirap tak ke haru? Cubalah guna warna kombinasi sikit. Barulah menyerlah.”
Memang pening nak pilih warna tema untuk rumah. Takut ‘over’ sangat, takut ‘tenggelam’ sangat. Tak ramai sebenarnya yang dapat memadankan warna perabot dengan warna cat rumah yang cantik. Ini antara kesilapan biasa yang boleh anda elakkan.
Ada 8 common mistake yang dilakukan dalam pemilihan warna cat cantik dengan perabot yang sesuai. Kalau boleh, cuba jauhi.
Ini kerana, warna cat rumah cantik tidak semestinya cukup untuk digayakan dengan apa-apa jenis perabot.
1. WARNA CAT RUMAH CANTIK, TAPI TERLALU SELAMAT
Putih melambangkan bersih dan suci. Ramai yang memilih warna ini dalam apa jua jenis kediaman kerana ia warna ‘safe’. Lebih tepat, warna putih sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis dan reka bentuk perabot mahupun soft furniture.
Namun tahukah anda penggunaan warna putih pada dinding, perabot dan soft furniture seperti langsir, sarung bantal, permaidani dan koleksi aksesori deko adalah common mistake yang biasa dilakukan?
Ini adalah kerana dalam ruang yang kecil, serba putih memberi suasana yang boring dan dull. Seharusnya, jika dinding berwarna putih, serikan suasana dengan menggabungkan warna-warna ceria pada soft furniture.
Warna putih tak salah, tapi gabungkan dengan sedikit warna kontra supaya nampak ‘hidup’.
2. GANDINGAN TIDAK SESUAI DI ZON WARNA
Zon warna dilakukan sebagai pemisah ruang misalnya rona hijau untuk ruang tamu dan merah untuk ruang makan.
Namun bagi ruang kecil, gandingan warna antara satu ruang dengan ruang yang lain haruslah sesuai. Jika salah gandingan warna, ruang kecil akan nampak padat dan sempit.
3. PENCAHAYAAN KURANG BERSERI
Pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira sewaktu pencahayaan di waktu malam.
Ada warna yang menambah suasana suram dalam kediaman meskipun diterangi dengan pencahayaan lampu.
Lampu yang kreatif juga dapat mencerahkan suasana serta menjadi penyeri ruang tamu.
4. WARNA LANTAI DIABAIKAN
Biasanya orang lebih fokus pada pemilihan warna cat dan perabot. Tapi tahukah, warna lantai turut mempengaruhi visual dan keseluruhan suasana dalam bilik?
Pastikan warna lantai hampir sama dengan warna bilik. Jika penggunaan warna yang salah, boleh mempengaruhi ketenangan ruang berkenaan.
5. TERLALU BANYAK WARNA DALAM SATU RUANG
Tidak salah jika anda ingin gandingkan pelbagai warna dalam satu ruang namun elakkan guna proportion yang sama.
Pilih satu warna utama dan gunakannya kira-kira 60 peratus dalam ruang. Kemudian tambahkan satu warna, dan gunakannya kira-kira 30 peratus. Pilih warna terakhir dan gunakannya sehingga 10 peratus.
6. GANDINGAN WARNA KONTRA YANG TIDAK SEPADAN
Bukan semua berani bermain dengan warna kontra kerana salah gandingannya, ia memberi suasana yang janggal dan tidak selesa.
Sebab itu harus kreatif dalam membuat suai padan apabila mengguna warna-warna kontra agar tidak berlebihan.
7. WARNA TERLALU GELAP
Satu warna satu ruang! Elak pilih satu warna untuk satu ruang sehingga soft furniture dan hiasan dalaman juga dari rona sama.
Ia akan menyebabkan ruang nampak gelap. Jika ingin juga menggunanya, pastikan memilih warna ton dari gelap ke lembut.
Warna merah pada kusyen sedikit sebanyak membantu ‘menaikkan’ warna yang agak suram.
8. PENGGUNAAN WARNA TERANG YANG BERLEBIHAN
Tidak salah jika ingin guna warna ceria dan terang dalam kediaman tapi pastikan ia diguna secara moderate.
Terlalu banyak warna terang misalnya warna merah boleh menjadikan seseorang itu agresif.
Manakala, warna-warna tenang pula dapat memberi kelegaan dan membantu mendamaikan perasaan.
JOM BINA RUMAH PERTAMA ANDA ATAU RENOVASI RUMAH IDAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING. PAKEJ-PAKEJ YEAR END SALE YANG MENARIK KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA. FREEGIFT PON DAPAT TAU. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. 😉
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS