About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

TIPS HIAS RUMAH D.I.Y. (DO IT YOURSELF)


-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
Kalau tidak ada barang hiasan, pasti terasa hambar pada ruang. Mahu beli barang hiasan pula sekarang barang semakin mahal. Sana-sini orang sibuk menaikkan harga barangan jualan masing-masing. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk ini, kita masih ada cara untuk menghias rumah tanpa mengeluarkan modal yang besar. Malah ia mungkin boleh diperolehi secara percuma. Orang yang bijak dan kreatif pasti akan ada seribu cara untuk menghasilkan sesuatu jika benar-benar inginkannya.Tapi tak semestinya menunggu diri menjadi bijak dan kreatif, dengan teknologi yang ada, kini kita boleh rujuk pada video-video di youtube untuk menghasilkan sesuatu secara D.I.Y (do it yourself).
1. MENGHARGAI BARANG LAMA
Orang yang menghargai barang dan bersifat sentimental dan penuh emosi pasti sukar melepaskan barang lama terutamanya yang ada nilai sentimental dan kenangan pada barang-barang tersebut. Barang-barang ini tersimpan dengan rapi sama ada di dalam stor atau pun di bawah katil. Sebenarnya, barang-barang ini boleh dikeluarkan semula dan disusun dengan cara yang kreatif untuk mengimbas nostalgia. Jika perlu baiki, dan naikkan seri barang tersebut sebelum digunakan sebagai penghias sudut.
Contoh barang seperti bingkai lama rumah atok, kerusi malas nenek, cerek besi emak, kotak kayu makcik dan sebagainya.
2. KITAR SEMULA
Banyak idea kitar semula boleh kita peroleh dari internet terutamanya di video Youtube. Jika belum ada idea, lambatkan proses membuang barang. Asingkan ke semua barang buangan ini mengikut kategori seperti kertas, plastik, kotak, kayu dan sebagainya. Apabila telah jumpa cara-cara untuk membuat sesuatu barang perhiasan menggunakan bahan buangan ini, segeralah kita melakukannya. Antara barang hiasan yang boleh dicipta dari bahan kitar semula adalah seperti:
botol kosong : tempat letak pensil, tempat letak sudip, pasu bunga keladi air di bilik air, tabung anak
kayu : para unik, bingkai gambar, ukiran, tempat duduk, meja
plastik : alas, karung, penutup lampu bewarna, beg simpan barang mainan
kotak : sistem penstoran, hiasan dinding, bingkai gambar
kain : alas meja, alas kaki, langsir, apron.
3. PENGGABUNGAN
Jika sudah mahir menggunakan barang buangan, pasti mudah untuk menggunakan pelbagai jenis barang untuk menghasilkan suatu barang hiasan. Misalnya dengan menggabungkan batu, kayu dan besi, dapat dijadikan rak buku yang kukuh dan menylesaikan masalah tiada tempat simpan buku. Dengan menggunakan kain dan besi pula boleh menghasilkan titai atau bidai.
4. GUNAKAN KEMAHIRAN
Kemahiran adalah anugerah Allah yang paling indah. Ramai yang mampu melukis, menukang, menjahit dan memahat. Kemahiran-kemahiran ini boleh diguna pakai dalam menghias rumah . Yang pandai melukis boleh melukis di dinding, atau membuat lukisan di kanvas kemudian di bingkaikan. Yang pandai menukang boleh menghasilkan rak dan bingkai yang menarik. Boleh juga menghasilkan tempat duduk atau meja yang kreatif. Bagi yang boleh menjahit pasti seronok jika dapat menghasilkan langsir, sarung kusyen, dan wall fabrik sendiri. Bagi yang boleh memahat akan menghasilkan arca dan ukiran yang unik agar dijadikan simbol keunikan hiasan di dalam rumah masing-masing.
5. TIRUVASI
Jika kita lihat dan geram barang hiasan yang dipamerkan di kedai barang perhiasan rumah, jika boleh, ambil gambarnya. Balik rumah, cuba lihat semula barang-barang yang digunakan. Dapatkan material nya dan cuba buatkannya sendiri. Jika kita tidak mahir membuatnya, tanyakan pada adik beradik atau kawan yang mempunyai tangan seni. Tunjukkan gambar barang yang diminati dan tiru sahaja serta tambahkan sedikit sentuhan unik sendiri. Hasilnya, hanya kita sahaja yang memiliki perhiasan ini. Walau sama seperti di kedai tapi tak serupa. Kadang kala apa yang dilihat di kedai sebenarnya boleh dibuat sendiri kerana yang membuatnya adalah orang juga. Jadi jika orang lain boleh lakukan, pasti tangan kita juga boleh lakukan atau kita minta bantuan tangan orang yang boleh melakukannya. 
Kesimpulan di sini, kita masih boleh dapatkan barang hiasan rumah yang unik dan cantik dengan sentuhan sendiri juga selain membeli di kedai barang perhiasan. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan banyak wang. Kenapa perlu berbelanja lebih  malah yakinilah hasil buatan sendiri.
JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH IDAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING. PAKEJ-PAKEJ YANG MENARIK KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA. JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. 😉
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS