About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

SELAIN BINA RUMAH, TANAM SAYUR- SAYURAN, UNTUNG ADA TANAH.


------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
Sudah terang lagi bersuluh, sayur-sayuran merupakan salah satu sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain membina rumah, tanah yang ada kita boleh menanam sayur-sayuran untuk masa hadapan. Walaupun begitu, peningkatan harga barangan termasuk sayur-sayuran sejak belakangan ini telah menjadi alasan bagi sesetengah rakyat Malaysia untuk tidak makan sayuran. Lantaran itu, kegiatan menanam sayur-sayuran di kawasan sekitar rumah yang terdapat tanah berlebihan amat digalakkan oleh pihak kerajaan bagi menangani kos sara hidup yang tinggi ini.
Sesungguhnya, kegiatan menanam sayur-sayuran seperti bayam,sawi dan kangkung dan sayur-sayuran lain mempunyai seribu satu kebaikan kepada kehidupan seharian kita.
Antara faedah menanam sayur-sayuran adalah dapat menyihatkan tubuh badan. Sebagai contohnya, kerja-kerja seperti menggembur tanah, menyiram tanaman dan sebagainya akan menyebabkan seseorang itu berpeluh. Pengeluaran peluh akan menyingkirkan toksik yang berlebihan daripada badan. Hal ini sekali gus akan melancarkan sistem pengaliran darah dalam tubuh badan kita yang mendorong kepada pembentukan minda yang cerdas kerana Badan Cergas, Otak Cerdas.
Selain itu, kita juga dapat mengisi masa senggang dengan menanam sayur-sayuran di kawasan rumah Di tanah yang kita miliki. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan bercucuk tanam dapat dijadikan hobi yang bermanfaat kepada kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini lebih baik daripada melepak dan bergaul dengan rakan-rakan yang liar. Secara tidak langsung, kita dapat memanfaatkan masa yang kita ada dengan kegiatan yang berfaedah kerana masa itu emas.
Selain itu, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan melalui aktiviti bercucuk tanam. Hal ini samalah dengan pepatah Melayu, bagai isi dengan kuku. Justeru, kita dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan ahli keluarga menerusi kegiatan menanam sayur-sayuran di kawasan rumah. Dalam pada itu, aktiviti tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan wasilah kekeluargaan yang kian renggang dek arus modenisasi bahkan dapat juga mendatangkan manfaat dari segi fizikal.
Di samping itu, kita juga dapat menjimatkan perbelanjaan harian melalui hasil tanaman sayur-sayuran. Misalnya, seisi keluarga akan dapat menikmati hasil tanaman yang segar, berkhasiat serta bebas daripada bahan kimia yang berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan. Apabila bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah, kita tidak perlu kerap ke pasar untuk membeli sayur-sayuran. Pada masa yang sama, langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan turut dapat dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Sekiranya kegiatan menanam sayur-sayuran dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Hal ini dapat menampung keperluan membeli barang-barang dapur.
Faedah menanam sayur-sayuran yang seterusnya adalah dapat mengelakkan tanah atau kawasan lapang di sekitar rumah daripada terbiar. Oleh itu, kawasan tersebut tidak akan terbiar begitu sahaja dan dapat dimanfaatkan. Seperti yang kita ketahui, tanah yang terbiar selalunya didiami oleh binatang-binatang berbisa. Contohnya, ular dan kala jengking. Dengan bercucuk tanam, binatang-binatang tersebut tidak akan berpeluang berkeliaran atau membiak sekali gus keselamatan ahli keluarga dan masyarakat tempatan tidak lagi terancam seperti telur di hujung tanduk. Apabila kita membersihkan persekitaran kawasan rumah untuk ditanam dengan pelbagai sayuran hijau, sudah semestinya menyegarkan setiap mata yang memandang. Hal ini akan mendorong orang lain khususnya golongan muda agar bercucuk tanam kerana yang baik dipakai, yang buruk dibuang.
Tambahan pula, menanam sayur-sayuran turut dapat memupuk sikap bersedekah dalam kalangan masyarakat setempat. Contohnya, kita dapat berkongsi sebahagian daripada hasil tanaman sayur-sayuran yang kita miliki dengan jiran tetangga. Hal ini menjadikan hasil sayur-sayuran sebagai wadah silaturahim antara rakyat yang berbilang kaum,bangsa dan agama. Bak kata pepatah, Orang Memberi, Kita Merasa. Sesungguhnya, aktiviti menanam sayur-sayuran bukan sahaja mendatangkan faedah dari segi fizikal dan mental bahkan dapat juga memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu dalam kalangan anggota masyarakat.
Tuntasnya, semua pihak perlulah bersinergi bagai aur dengan tebing dalam menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita yang tercinta. Hal ini demikian kerana, sayur-sayuran yang ditanam sendiri mampu membawa banyak faedah kepada kita. Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Oleh itu, bersama-samalah kita berbakti kepada tanah. Impaknya, kita sendiri yang akan menikmati hasil yang lumayan daripada kegiatan menanam sayur-sayuran tersebut.
Rumah anda ada masalah? Tengah cari pakar untuk memyelesaikan?
Bumbung bocor ? Ceiling rumah terkopak ? Lantai pecah ? Dinding retak ?
.
Taktau mana nak dapatkan perkhidmatan REPAIR & RENOVASI terpantas ?
.
RB ada penyelesaiannya ! Call sahaja kami, dengan segera kami akan sampai ke rumah anda !
.
Semestinya servis yang TERBAIK & TERPANTAS dari team RB.
.
Jangan ragu2 lagi, anda ada MASALAH ? Kami SOLUTION anda !
.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS