• Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

  • Kepakaran Kami

    Kepakaran Rosden Building And Property ialah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri dengan Harga yang Mampu Milik

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

Testimoni Pelanggan ROSDEN BUILDING

KENAPA MEMILIH UNTUK MEMBINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DENGAN ROSDEN BUILDING?
Adakah faktor kewangan menyebabkan anda memilih untuk membina rumah dengan RB?
Jelas sekali tidak !
Kebanyakan pelanggan kami percaya dengan kebolehan yang ada dalam syarikat kami
ROSDEN BUILDING
- Syarikat Kontraktor Terbaik No 1 di Utara
- Syarikat yang berdaftar dengan SSM, MOF, CIDB dan lain-lain
- Mempunyai pejabat ururan sendiri untuk mentadbir dan menyelia kerja-kerja pembinaan
- Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pembinaan
- Mendapat kepercayaan media massa dan media elektronik (Sinar Harian, Harian Metro, TV3 dan TV9)
Salah sebuah testimoni dari pelanggan kami yang akan BINA RUMAH atas tanah sendiri dengan RB.
Team Rosden Building akan melakukan yang terbaik untuk pelanggan kami
Team Rosden Building sangat MENGUTAMAKAN KUALITI & KEPUASAN PELANGGAN


Share:

"TREND BERCERAI SELEPAS BERKAHWIN"


Tinggal di rumah mertua punca pasangan bercerai kerana tidak memiliki rumah sendiri disebabkan oleh
" Tiada kesefahaman dengan keluarga mertua "
" Pergaulan terbatas & tiada privasi "
" Kurang tanggungjawab dlm hubungan suami isteri"
Kami di Rosden Building sedia memberikan khidmat nasihat bagi anda yang ingin membina rumah.
Apa yang Rosden Building boleh bantu?
1) Bina rumah atas tanah sendiri mengikut budget anda dari semurah murah pakej hingga pakej paling mahal di semesta alam ini. Pilih sahaja pakej yang berkenan di hati.
Kenapa pilih Rosden Building sebagai Kontraktor bina rumah anda?
1) Kontraktor profesional
2) Barang Binaan yang berkualiti
3) Mesra pelanggan
4) Jaminan rumah siap
Kualiti yang kami offer FIRST CLASS!👍👍👍
Kat mana lokasi Rosden Building ni??
========================================
No 22B, Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari 3,
Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2,
34200, Parit Buntar, Perak
Masa Operasi
Ahad - Khamis
8.00 pagi - 5.30 petang
SHARE DAN TAG pada kenalan anda yang ingin membina rumah atas tanah sendiri. KOMISEN lumayan menanti anda😍..
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta -perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-
Share:

ADA TANAH SENDIRI ? JANGAN JUAL DULU! ROSDEN BUILDING BANTU ANDA UNTUK GUNA TANAH DENGAN CARA BIJAK

DAH ADA TANAH SENDIRI??
PENAT NAK BAYAR SEWA RUMAH TIAP2 BULAN???
NAK CARI KHIDMAT BINA RUMAH??
IMPIKAN RUMAH MEWAH MENGIKUT BAJET SENDIRI??
==================================================
BANYAKNYA PERSOALAN
TAPI JAWAPANNYA SATU
ROSDEN BUILDING ADA !!
PAKAR DALAM MEMBINA RUMAH IDAMAN ANDA
TAK PERLU PENING2 LAGI. KAMI AKAN BANTU ANDA MEMILIKI RUMAH IDAMAN MENGIKUT BAJET & CITARASA ANDA SENDIRI!!
===================================================
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta -perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.
https://www.facebook.com/rosdenbuilding/
http://watsap.my/014-9778368
http://watsap.my/012-5289852
Kami bersedia membantu anda..



Share:

BIJAK BIJAK BIJAK SEBENARNYA KEPADA YANG GEMAR KERETA LAMA , MODIFIED DAN GUNA PAKAI KERETA TERPAKAI!!!


BIJAK SEBAB ANDA MEMILIH UNTUK ADA ASSET BERNILAI SEPERTI RUMAH DAN TIDAK KEPADA KERETA BARU YANG SEMAKIN HARI NILAI SEMAKIN SUSUT!
TIDAK MEMENTINGKAN ASPEK KERETA BARU!!
TAHNIAH ANDA JUTAWAN!
4/10 rakyat malaysia menggunakan kereta proton wira....dan info untuk penggemar kereta proton wira... sebanyak 1,432 ribu kereta proton wira dilaporkan hilang dan kes kecurian ini mengikat saban tahun..
Di sini RB ingin berkongsi tips bagaimana nak jaga enjin supaya kurang berlaku kerosakan di masa ekonomi sekarang!
Tips jimat duit ini di bawa khas oleh RB!
Tip 1
Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kita
Tips 2
Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala, pastinya ianya sentiasa mencukupi.
Tip 3
Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi banyak kos yang korang perlu tanggung
Tip 4
Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling sukar kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Tip 5
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin
Tip 6
Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain. Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang, seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.
Tip 7
Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup
Tip 8
Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan cover pelindung yang sesuai.
Petua 9
Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar.
Tip 10
Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala.
RB ...syarikat kontraktor binaan terbaik #1 diutara dengan pelbagai pakej bina rumah terbaik dengan harga sangat berbaloi!
(ROSDEN BUILDING)
Share:

TIPS BINA RUMAH BERSAMA ROSDEN BUILDING !!!


=============================================
Mari Mari Mari belajar Bersama Rosden Building!!!!
Antara Teknik dalam pembinaan rumah yang akan kami kongsikan ialah mengetahui salah satu proses bina rumah diperingkat FINISHING iaitu MELEPA atau biasa dipanggil PLASTER
Anda perlu tahu sekiranya anda bercadang untuk membina rumah sendiri. Perlu diingatkan bahawa maklumat ini hanya lah untuk rujukan untuk memudahkan anda mendapat gambaran dalam urusan membina rumah.
MELEPA ATAU PLASTER
Terdapat DUA jenis teknik untuk melepa :
1) Kasar :
Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air.
2) Licin :
Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja.
#rosdenbuilding



Share:

Sejarah Parit Buntar

Tahukah anda, sejak lebih 2000 tahun dahulu daerah Kerian telah didiami oleh manusia.
Kajian arkeologi yang dilakukan pada tahun 1970 telah mengesahkan bahawa daerah Kerian telah didiami oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu. Ia dapat dibuktikan lagi dengan penemuan rangka-rangka manusia di Lembah Selinsing dan penemuan tembikar serta manik-manik oleh pengkaji-pengkaji British seterusnya disambung kajian oleh pengkaji dari universiti tempatan.
Seperti yang kita ketahui, daerah Kerian bersempadan antara negeri Pulau Pinang dan negeri Kedah iaitu di Bandar Baharu. Manakala di sebelah timur dan selatan daerah Kerian pula bersempadan dengan daerah Larut, daerah Matang dan juga daerah Selama.
Daerah Kerian terbahagi kepada 8 buah mukim iaitu Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunung Semanggol dan Selinsing. Pusat Pentadbiran bagi daerah Kerian terletak di Parit Buntar. Bandar-bandar utama lain ialah Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan Pekan Kuala Kurau.
Selain dari itu, daerah Kerian juga dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah diguna di kawasan ini bagi tebus guna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan pengawalan untuk air masuk dan keluar dari sawah.

Share:

TANDAS 3D PERTAMA DI MALAYSIA!! only di KERIAN!!!!


Share:

LANGKAH-LANGKAH PENGELUARAN KWSP


Share:

APA KEPENTINGAN RUMAH KEPADA MANUSIA?

Rumah merupakan keperluan manusia. macam mana kalau kita takdak rumah? Setiap orang akan berusaha untuk mempunyai tempat tinggal, rumah, ada orang parit buntar sebut ROMAH, atau HOMES. hehehehehe.....
susahnya nak beli rumah zaman sekarang ni, kena beli secara kredit lah, kontrak dengan pemaju la, terpaksa sewa dulu nak kumpul duit lah, kongsi duit nak beli sebiji rumah 3 bilik 2 bilik air lah, ada jugak yang buat rumah di kawasan tanah terlarang, semuanya kerana RUMAH,RUMAH OHH RUMAH...
Dahulu, letak rumah berjauhan antara rumah satu dengan rumah lainnya. Semakin bertambahnya jumlah penduduk, maka rumah pun semakin banyak didirikan. Rumah dibangun berdekatan atau berkelompok. Terlebih di daerah , bandar-bandar , bangunan lain begitu padat, hingga orang perlu membangun rumah bertingkat.
1. Perumahan Biasa (RUMAH TRADISIONAL)*
DAHULU DI KENALI SEBAGAI RUMAH KAMPUNG
Perumahan biasa merupakan perumahan yang berada di perkampungan, bukan di kompleks. Perumahan biasa umum dimiliki secara tradisional. Oleh sebab itu, bangunannya pun terdiri dari berbagai model. Tangga rumah tradisional ni selalunya berpahat dan tidak menggunakan paku,era perubahan zaman telah mengubah 100 peratus teknologi dan akhirnya kediaman ini menjadi sentimental value, kebanyakkan rumah jenis ini di sewakan, dilakukan sebagai homestay dan rumah kumpul bagi kaum keluarga semasa perayaan!
2. Perumahan Nasional (RUMAH TAMAN SAMA ADA 1 TINGKAT, 2 TINGKAT , RAPAT-RAPAT ATAU SEMI-D )
rumah jenis ni merupakan jenis perumahan yang dibangun oleh pemaju (developer). Umumnya, jenis perumahan ini dibangun dengan menggunakan bahan yang sama (sejenis), tersusun,, dan dalam waktu yang sama, menggunakan alatan,mesin,bahan yang sama dalam satu satu masa, perumahan tersebut selalunya tersusun , pandangan atas bumbung bersusun,pandangan tepi hadapan dan belakang semuanya tersusun,,
Masyarakat diberi kesempatan untuk memiliki rumah tersebut, biasanya melalui pembayaran secara ansuran. Besarnya ansuran disesuaikan dengan kemampuan. Makin panjang masa ansuran, maka makin kecil duit ansurannya. Bila ansurannya telah lunas, rumah itu akan menjadi milik si pembayar hutang / penghuni tersebut / penama dalam gran.
3. Perumahan Rumah Susun (BIASANYA RUMAH PANJANG DAN KONGSI KONGSI BILIK,RUANG TAMU KECUALI BILIK, DI MALAYSIA SELALUNYA DI SABAH, SARAWAK )
Penduduk rumah susun ni terus mendapat sambutan terutamannya di kawasan -kawasan yang padat dan pendalaman, selalunya rumah seperti ini dihuni oleh golongan bawahan yang tidak bergaji tetap dan mahukan suasana keluarga ramai, biasanya sewa rumah panjang tidak begitu mahal kerana bergantung kepada penghuni tersebut yang mahu sewa bilik banyak atau sebaliknya, Faktor budaya menjadi sebab utama mengapa rumah panjang dipilih.
(KALAU RUMAH PANJANG ADA DI PARIT BUNTAR, RASA-RASA ADA TAK YANG NAK DUDUK ) hehehehehehehehe......
4. Real Homes ( BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI)
Real Homes biasanya dihuni oleh keluarga yang umumnya tergolong tingkat ekonomi menengah ke atas. Bentuk bangunannya menarik dengan halaman rumah cukup luas. Ada pulak yang dibangun 2 tingkat, boleh pilih nak tema apa, berapa tingkat, jenis kediaman mewah atau residensi , serta boleh bina parking kereta mengikut keluasan @ syarat yang termaktub dalam geran. kan untung bina rumah atas tanah,
tu la,,, taknak jumpa RB, kan rugi...... hehehehehehehe.....
5. Kondominium/Apartemen/Rumah Susun Mewah
kebanyakkan warga Malaysia memilih tinggal di apartment/kondo mewah. Banyak alasan mengapa masyarakat memilih tinggal di apartment/kondo mewah. Alasan tersebut antara lain kerana faktor keamanan, kenyamanan, dan fasaliti lain yang lengkap. Dengan alasan inilah harga apartment/kondo mewah menjadi sangat mahal saat ini.
Selain masyarakat tulen Malaysia,, saat ini banyak pendatang asing yang memilih tinggal di Malaysia. pendatang asing tersebut biasanya memilih tinggal di apartment/kondo mewah. Mereka biasanya yang mendapat pekerjaan di sini selalunya memilih rumah strata untuk kediaman sementara/bermastautin atau kediaman kekal. Apartment atau kondo mewah ni selalunya wujud di sekitar kawasan yang sibuk @ yang sedang membangun seperti ibu kota kuala lumpur, bandaraya bandaraya besar dan kawasan yang tumpuan perindustrian, selalunya untuk masyarakat malaysia yang berhijrah dari kampung ke bandar memilih untuk menyewa atas tujuan bekerja dan mencari pengalaman.
(sikit hari lagi kat parit buntar akan ada rumah apartment srata ni,, lekaih kumpui duit nak beli rumah apartment cantik ni!
Secara umum, jenis perumahan mana pun hampir sama. Hanya ada beberapa hal yang membezakan perumahan biasa dengan jenis perumahan yang lain.
PENGURUS IT RB
MISS N.



Share:

KENAPA HARGA PEMBINAAN RUMAH SEMAKIN HARI SEMAKIN NAIK?


Adakah kerana harga bahan binaan yang semakin meningkat naik?
JAWAPANNYA : YA

Tetapi adakalanya harga binaan tidak selari dengan kadar kenaikan harga pembinaan rumah. Contoh, harga simen pada 2,3 tahun yang lepas ialah RM 18/19/bag tetapi sekarang telah turun ke RM15-RM 17/Bag. Harga simen juga pernah naik mendadak sehingga ke RM21/Bag. Ini ialah ekoran permintaan yang tinggi dalam sektor pembinaan bukan sahaja di bandar malahan luar bandar.
Rosden Building ingin membantu anda untuk lebih pengetahuan tentang tips2 pemilihan bahan binaan yang sesuai dan berkualiti.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah untuk dapatkan tips tentang bina rumah serta Perkhidmatan Kontraktor Binaan Terbaik #1 di UTARA.
Kami bersedia membantu anda..
YOU DREAM IT WE BUILD IT
-Rosden Building-


Share:

Gunakan kreativiti dan kebijaksaan anda menghias ruang kediaman agar kelihatan baru dan segar. Elemen penting yang anda perlu titikberatkan dalam mengias ruang rumah anda ialah:

⚒️ Ruang tamu yang bertema
⚒️ Keluasan dan lakaran⚒️ Siling, lantai dan keperluan asas⚒️ Warna dinding⚒️ Kertas dinding⚒️ Pemilihan perabot dan aksesori⚒️ Perhiasan⚒️ Belaian kamar tidur⚒️ Palet pastel⚒️ Perabot dan pengstoran⚒️ Perhiasan kamar⚒️ Kelembutan cadar⚒️ Selesa dan romantika

Share:

PENGGUNAAN KREDIT KAD DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MEMBINA RUMAH PERTAMA ANDA

- Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan kredit kad yang baik dapat membantu kita untuk memudahkan urusan memohon loan dari bank
- Pihak bank pasti akan meluluskan loan dengan lebih mudah selepas melihat track bayaran kredit kad yang berdisiplin dan mempercayai bahawa anda seorang pembayar hutang yang baik.
BINA RUMAH PERTAMA ANDA UNTUK PELABURAN MASA HADAPAN
Pihak Rosden Building akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda dan menjamin pelaburan anda TIDAK akan MERUGIKAN.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-


Share:

Seperti yang kita tahu rumah pada zaman kegemilangan ini kebanyakkannya mahal-mahal. Ada tu kawasan perumahan yang betul-betul mewah yang orang lain tak mampu nak beli. Tambahan, ada pulak rumah yang semuanya diibaratkan “goreng pisang” panas. Baru gantung iklan dah “sold out”. Yang melepasnya kita juga.

Apapun alasannya, kami nak kongsikan kelebihan bina rumah😎
=========================================================================
Nakkkk Tahu takkkk ???....KELEBIHAN BINA RUMAH DARI BELI RUMAH.
Kelebihan 1
Sekiranya anda membina sendiri rumah idaman anda, sekurang-kurangnya anda dapat menjimatkan 30% daripada harga rumah berbanding anda membelinya. Kebiasaanya ini merupakan kos keuntungan yang diperoleh oleh pemaju perumahan setelah ditolak kos upah dan kos bahan.
Kelebihan 2
Anda bebas untuk memilih susun atur dalaman rumah termasuklah kedudukan bilik tidur, bilik air, ruang tamu dan sebagainya jika anda bina sendiri rumah idaman anda berbanding jika anda membeli rumah daripada pemaju. Keperluan spesifik keluarga anda juga akan dapat dipenuhi.
Kelebihan 3
Anda bebas memilih kemasan bahan bagi rumah idaman anda jika anda membina sendiri rumah idaman anda berbanding terpaksa menerima apa sahaja kemasan yang telah dibina oleh pemaju perumahan walaupun anda tidak menyukainya.
Dapatkan lebih nilai kepada wang yang anda laburkan dengan membina sendiri rumah idaman anda.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta -perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-


Share:

SETIAP 1 % dari nilai projek akan disalurkan ke badan-badan kebajikan yang terpilih

Sebelum team Rosden Building bercuti ke Port Dickson. Kami sempat tunaikan amanah utk singgah ke pusat pelindungan kucing(sollu shelter) Taman Sentosa Klang dan pusat jagaan org tua (kasih syg) di taman Klang Jaya.seperti yang dijanjikan 1% dr nilai projek telah dsumbangkn kepada badan2 berkenaan.Terima kasih kepada pihak yg berkenaan mberi layanan yang baik utk team kami😍.









Share:

Tahu tak? Anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk tujuan (membina) rumah.

Rajin semak penyata tahunan KWSP korang tak?Mesti banyak wang korang dah simpan kan? Untuk itu, tahniah Rosden Building ucapkan.

Hari ini admin Rosden Building akan kongsi sedikit mengenai tips pengeluaran KWSP untuk membina rumah.

Pembinaan secara perseorangan atau Pembinaan secara bersama suami/isteri.
Kelayakan Permohonan bagi membuat permohonan pula adalah seperti berikut :
• Ahli warganegara Malaysia
• Anda mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP
Anda tidak layak memohon sekiranya anda membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja atau Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut,
• Pembinaan Secara Perseorangan.
• Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau
Semua simpanan dalam Akaun II.
Pembinaan Secara Bersama Suami / Isteri
Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas. Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya anda membina rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak jumlah kos bina rumah dan tambahan 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah. Anda juga boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.
Kekerapan Pengeluaran.
Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membina rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membina rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan. Selepas pengeluaran ini, anda layak mengeluarkan simpanan untuk mengurang/ menyelesaikan baki pinjaman bagi rumah yang sama sekali setahun dari tarikh pengeluaran terakhir.
Sebagai Kesimpulan, setiap orang ada matlamat pengurusan kewangan yang berbeza. Sudah pasti bukan semua orang bersetuju dengan pendapat saya berkenaan pengeluaran KWSP untuk bina rumah di atas ini. Namun apa yang nak saya tekankan adalah, dalam membuat keputusan yang melibatkan status kewangan anda, anda perlu mempunyai sebab yang kuat di sebalik setiap pilihan yang anda lakukan.
Pilihan anda mungkin berbeza dengan orang lain, tapi anda perlu tahu kenapa anda memilih keputusan berpandukan point-point yang nyata boleh dibentangkan oleh anda sendiri. Jika anda sendiri ragu-ragu dengan pilihan anda, masa depan kewangan anda akan bergantung kepada skim yang anda pilih, dan bukan anda yang berkuasa menentukan status kewangan anda sendiri.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-

Contoh Design Rosden Building

Share:

SEKARANG INI SAYA SELALU BERPESAN KEPADA ADIK-ADIK SAYA,"NANTI SUDAH BEKERJA,BELI ATAU BINA RUMAH DAHULU.JADIKAN TAPAK(base).KURANGKAN PERBELANJAAN YANG TAK BERFAEDAH."



Masa dahulu, tiada seorang pun yang nasihatkan saya perkara yang penting ini. Pandai-pandai cari jalan sendiri. Umur 24 baru bermula. Macam kira lambat tu, dengan pelbagai komitmen lagi, membuatkan perjalanan pelaburan lebih sukar dan perlu bekerja keras.
Sebab itu saya sarankan beli hartanah masa muda lebih bagus. Masih belum ada komitmen besar yang lain.
KENAPA PERLU BELI/BINA RUMAH SEAWAL UMUR 20 TAHUN?
Kenapa 20 tahun? Bolehkah umur 20 tahun beli rumah? Boleh jika sudah ada pendapatan yang tetap. Tapi, jika belum ada pendapatan dan masih belajar, teruskan belajar dan buat perancangan. Kalau boleh usahakan, simpan duit seawal mungkin.
Cari kerja. Dapat gaji. Simpan. Sahkan jawatan. Terus beli rumah.
#1 – ANSURAN BULANAN MASIH RENDAH
Sekiranya anda membeli rumah pada usia muda, maka ansuran akan lebih rendah berbanding usia yang telah lanjut. Ia akan menambahkan lagi tempoh pinjaman yang perlu dilakukan. Makin panjang tempoh pinjaman, makin sikit bayaran bulanan.
Kebanyakan bank membenarkan pinjaman sehingga umur kita 65 tahun dan tempoh pinjaman maksimum ialah 35 tahun. Jika umur bawah dari 30 tahun, maka anda boleh lagi menikmati tempoh pinjaman yang panjang. Jika umur sudah 40 tahun, tempoh pinjaman hanya 25 tahun, bayaran bulanan akan tinggi sedikit.
Jangan lupa juga, insuran anda untuk perlindungan hartanah juga jauh lebih rendah. Tidak kira anda mengambil polisi MRTA/T atau MLTA/T. Makin mudah makin rendah bayaran bulanan untuk insuran.
#2 – BELUM ADA KOMITMEN BESAR
Bila sudah ada pendapatan, cepat-cepat buat simpanan dengan banyak, betulkan akaun. Cukup duit, carilah rumah untuk pelaburan. Kenapa pelaburan? Supaya rumah ini anda ‘pekerja’ lain yang tolong bayarkan. Jadi, komitmen anda kembali bersih.
Jika masih bujang, boleh buat perancangan teliti. Belum ada komitmen lain seperti isteri, anak-anak. Jadi anda boleh fokuskan kepada simpanan. Jika sudah anda tanggungan, mungkin ianya memperlahan rentak, tetapi masih boleh dibetulkan.
Ramai anak-anak muda yang saya jumpa sekarang ini, sudah mempunyai matlmat yang jitu. Tidak berbelanja besar. Tidak membeli kereta. Pakai apa yang ada. Demi kesenangan kemudian hari.
#3 – HARGA HARTANAH MAKIN NAIK
Harga hartanah makin lama, makin tinggi. Mungkin tidak selari dengan pendapatan. Tetapi ianya selari dengan kenaikan inflasi. Salah Siapa harga makin tinggi? Jawab sendiri.
Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang.
#4 – PELUANG TAMBAH PENDAPATAN
Sudah tentu masa banyak terluang. Dari disia-siakna begitu sahaja, baik cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan pelaburan yang boleh bagi untung yang merepek. Lebih baik pergi jual kerepek. Sah-sah untung rugi kita dapat kira. Lebih tinggi pendapatan, lebih banyak kita boleh simpan.
Lagi muda, lagi banyak tenaga. Jangan dipandang hina terhadap penjual burger. Kawan saya. siang dia engineer, malam jadi penjual burger. Apa dia kata, duit untung buat beli rumah.
#5 – MELUASKAN EMPAYAR PELABURAN
Apabila rumah pertama disewakan, lengkap dengan perjanjian sewa, bank akan kira sewaan sebagai pendapatan kita. Walaupun kita mempunyai komitmen di bank, kita masih lagi membeli rumah untuk pelaburan lain kerana DBR kita masih rendah atau silap-silap masih kosong.
Mungkin harga rumah yang dibeli meningkat, ada peluang untuk refinance (lihat pada kadar sewa). Jadikan modal seterusnya.
Teruskan membeli untuk hartanah yang kedua. Belilah untuk pelaburan lagi. Nanti, rumah idaman anda ada orang yang bayarkan.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah untuk dapatkan tips tentang bina rumah serta Perkhidmatan Kontraktor Binaan Terbaik #1 di UTARA.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-


Share:

PROMOSI

ANDA INGINKAN RUMAH IDAMAN SEBAGAI LAMBANG CINTA ANDA KEPADA KELUARGA DAN NILAI WANG ANDA, DI BINA DENGAN CIRI CIRI MODEN,TERBUKTI DALAM MASA YANG DITETAPKAN.

Rosden Building adalah kontraktor yang pakar di dalam bidang merekabentuk, membina dan menyiapkan rumah idaman anda dalam tempoh ditetapkan. Kami KONTRAKTOR berdaftar.
Tidak seperti pemaju perumahan yang lain, Rosden Building menawarkan perkhidmatan eksklusif penyediaan pelan dan rekabentuk, urusan pembiayaan kewangan dari Kerajaan, Khidmat Lepas Jualan Yang Efisyen yang mampu memberikan anda Kebebasan Minda. Kami bukan hanya membina rumah, kami sebenarnya "Membina Kehidupan Anda"
Dapatkan lebih nilai kepada wang yang anda laburkan dengan membina sendiri rumah idaman anda.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah tips tentang bina rumah serta -perkhidmatan kontraktor yang berkualiti dan menarik.



Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-



Share:

Projek yang dijalankan oleh pihak Rosden Building di Parit Hj Wahab, Bagan Tiang Perak

Projek yang telah dijalankan oleh Rosden Building di Parit Haji Wahab, Bagan Tiang, Perak.

Rumah yang dibina berkeluasan 20' x 40' serta mempunyai 3 bilik & 2 bilik air.

Rumah telah siap dibina sepenuhnya dalam masa kurang dari 3 bulan. Alhamdulillah, pelanggan kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang dijalankan oleh pihak Rosden Building.

Sepanjang pembinaan berlangsung, tuan rumah telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan pihak kami. Pihak kami juga bertanggungjawab untuk memantau setiap progress projek pembinaan dan update kepada pelanggan kami.

Dalam pemilihan mozek dan cat, kami membawa sendiri pelanggan kami untuk memilih design mozek dan warna cat. Pihak kami bertanggungjawab untuk memastikan kualiti bahan binaan yang diguna berkualiti tinggi dan tahan lama. Hal ini kerana kami SANGAT MENITIKBERATKAN kemahuan pelanggan kami untuk jangka masa yang panjang.










Share:

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS