About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

SEKARANG INI SAYA SELALU BERPESAN KEPADA ADIK-ADIK SAYA,"NANTI SUDAH BEKERJA,BELI ATAU BINA RUMAH DAHULU.JADIKAN TAPAK(base).KURANGKAN PERBELANJAAN YANG TAK BERFAEDAH."



Masa dahulu, tiada seorang pun yang nasihatkan saya perkara yang penting ini. Pandai-pandai cari jalan sendiri. Umur 24 baru bermula. Macam kira lambat tu, dengan pelbagai komitmen lagi, membuatkan perjalanan pelaburan lebih sukar dan perlu bekerja keras.
Sebab itu saya sarankan beli hartanah masa muda lebih bagus. Masih belum ada komitmen besar yang lain.
KENAPA PERLU BELI/BINA RUMAH SEAWAL UMUR 20 TAHUN?
Kenapa 20 tahun? Bolehkah umur 20 tahun beli rumah? Boleh jika sudah ada pendapatan yang tetap. Tapi, jika belum ada pendapatan dan masih belajar, teruskan belajar dan buat perancangan. Kalau boleh usahakan, simpan duit seawal mungkin.
Cari kerja. Dapat gaji. Simpan. Sahkan jawatan. Terus beli rumah.
#1 – ANSURAN BULANAN MASIH RENDAH
Sekiranya anda membeli rumah pada usia muda, maka ansuran akan lebih rendah berbanding usia yang telah lanjut. Ia akan menambahkan lagi tempoh pinjaman yang perlu dilakukan. Makin panjang tempoh pinjaman, makin sikit bayaran bulanan.
Kebanyakan bank membenarkan pinjaman sehingga umur kita 65 tahun dan tempoh pinjaman maksimum ialah 35 tahun. Jika umur bawah dari 30 tahun, maka anda boleh lagi menikmati tempoh pinjaman yang panjang. Jika umur sudah 40 tahun, tempoh pinjaman hanya 25 tahun, bayaran bulanan akan tinggi sedikit.
Jangan lupa juga, insuran anda untuk perlindungan hartanah juga jauh lebih rendah. Tidak kira anda mengambil polisi MRTA/T atau MLTA/T. Makin mudah makin rendah bayaran bulanan untuk insuran.
#2 – BELUM ADA KOMITMEN BESAR
Bila sudah ada pendapatan, cepat-cepat buat simpanan dengan banyak, betulkan akaun. Cukup duit, carilah rumah untuk pelaburan. Kenapa pelaburan? Supaya rumah ini anda ‘pekerja’ lain yang tolong bayarkan. Jadi, komitmen anda kembali bersih.
Jika masih bujang, boleh buat perancangan teliti. Belum ada komitmen lain seperti isteri, anak-anak. Jadi anda boleh fokuskan kepada simpanan. Jika sudah anda tanggungan, mungkin ianya memperlahan rentak, tetapi masih boleh dibetulkan.
Ramai anak-anak muda yang saya jumpa sekarang ini, sudah mempunyai matlmat yang jitu. Tidak berbelanja besar. Tidak membeli kereta. Pakai apa yang ada. Demi kesenangan kemudian hari.
#3 – HARGA HARTANAH MAKIN NAIK
Harga hartanah makin lama, makin tinggi. Mungkin tidak selari dengan pendapatan. Tetapi ianya selari dengan kenaikan inflasi. Salah Siapa harga makin tinggi? Jawab sendiri.
Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang.
#4 – PELUANG TAMBAH PENDAPATAN
Sudah tentu masa banyak terluang. Dari disia-siakna begitu sahaja, baik cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan pelaburan yang boleh bagi untung yang merepek. Lebih baik pergi jual kerepek. Sah-sah untung rugi kita dapat kira. Lebih tinggi pendapatan, lebih banyak kita boleh simpan.
Lagi muda, lagi banyak tenaga. Jangan dipandang hina terhadap penjual burger. Kawan saya. siang dia engineer, malam jadi penjual burger. Apa dia kata, duit untung buat beli rumah.
#5 – MELUASKAN EMPAYAR PELABURAN
Apabila rumah pertama disewakan, lengkap dengan perjanjian sewa, bank akan kira sewaan sebagai pendapatan kita. Walaupun kita mempunyai komitmen di bank, kita masih lagi membeli rumah untuk pelaburan lain kerana DBR kita masih rendah atau silap-silap masih kosong.
Mungkin harga rumah yang dibeli meningkat, ada peluang untuk refinance (lihat pada kadar sewa). Jadikan modal seterusnya.
Teruskan membeli untuk hartanah yang kedua. Belilah untuk pelaburan lagi. Nanti, rumah idaman anda ada orang yang bayarkan.
Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di bawah untuk dapatkan tips tentang bina rumah serta Perkhidmatan Kontraktor Binaan Terbaik #1 di UTARA.
Kami bersedia membantu anda..
-Rosden Building-


Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS