About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

APAKAH KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM IBS?


Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor. Tujuan utama penggunaan sistem ini bagi penggunaan proses kerja optimum dan meminimumkan penggunaan kos buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat seiring dengan kemajuan industri pembinaan negara yang mementingkang yang produktiviti, berkualiti dan keselamatan di tapak projek.
KELEBIHAN
Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat.
Di Malaysia terdapat lima kumpulan utama IBS yang dikenalpasti dan dipraktikkan secara meluas iaitu:-
a. Kaedah pasang siap, Panel dan Sistem Kekotak (Precast Concrete Framing, Panel and Box System)
Elemen IBS Konkrit Pasang siap yang biasa digunakan ialah tiang konkrit pasang siap rasuk, lantai, dinding, komponen '3D' seperti tangga, lohong pembuangan sampah, balkoni,konkrit ringgan pasang siap dan kotak bentuk konkrit.
b. Kaedah acuan keluli (Steel Formwork System)
Sistem ini melibatkan 'tunnel form', 'tilt system', rasuk dan dan tiang. penggunaan sistem ini menitikberatkan kemasan akhir yang berkualiti tinggi dan pembinaan yang cepat dengan penggunaan tenaga buruh dan bahan binaan yang paling optimen.
c. Kaedah kerangka keluli (Steel Framing System)
Penggunaanya sering bersama dengan lantai konkrit pasang siap, tiang, rasuk keluli terutama bagi pembinaan 'fast track' bangunan tinggi. Ia juga banyak digunakan untuk pembinaan kerangka ringan bagi bumbung kerana penggunaannya lebih ekonomi dan sesuai terutama bagi sistem bumbung bangunan jenis 'portal frame'.
d. Kaedah kerangka kayu (Timber Framing System)
Sistem ini terdiri daripada komponen kerangka kayu bangunan dan kerangka kayu bumbung. Kontraktor pembinaan sangat gemar menggunakan sistem ini.
e. Kaedah kerja blok (Blockworks System)
Ianya adalah satu revolusi terhadap sistem binaan konvensional berasaskan batu-bata kepada sistem kerja konkrit mengirat dan konkrit ringan. Sistem ini dibangunkan berasaskan faktor masa dan produktiviti buruh binaan.
KEKURANGAN
Menuju kepada negara maju penggunan IBS adalah sesuai dan sejajar hasrat kerajaan yang inginkan kemajuan dalam teknologi. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam penggunaan IBS yang secara meluasnya.
Sebagai contoh pemasangan IBS bagi bangunan perlulah tepat. Sebarang kesalahan lokasi pemasangan akan menyebabkan kesukaran pamasangan dan penyusunan dalam sistem ini. Selain itu, setiap bahagian penyambungan IBS perlu disemak dengan keliti terutama bahagian laluan paip bagi menggelakkan laluan pain tersumbat ataupun kebocoran berlalu.
Selain itu, bangunan yang kecil seperti sebuah bangunan dengan keluasan kecil dikawasan pendalaman. Penggunaan IBS adalah tidak praktikal, adalah lebih baik dan praktikal menggunakan konkrit. Sungguhpun begitu, dalam keadaan tertentu seperti kawasan bandar yang sesak dan perlukan penjimatan ruang dalam melaksanankan projek adalah lebih baik dan sesuai menggunakan IBS yang sudah semestinya dapat membantu menyelesaikan sebahagian daripada permasalahan tersebut.
Jadi sebagai perancang dan jurutera serta pihak yang terlibat perlu mengambil pemikiran dan tindakan yang proaktif dalam menangani kelemahan seperti ini dari segi keselamatan, masa, kuantiti, kualiti, dan kos yang terlibat.
JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH KEDIAMAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING.
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS