About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

KRISIS EKONOMI SUAMI ISTERI? MENGAPA...? OHH...SEWA RUMAH.


==========================================
ALAH bisa tegal biasa. Apabila kita sudah biasa hidup dalam keadaan mewah dan harmoni bersama isteri dan anak-anak adalah sukar untuk kita mengubah cara hidup kita tiba-tiba dalam menangani keadaan ekonomi yang serba tidak menentu terutama berkaitan krisis ekonomi suami isteri.
Ramai yang boleh memberikan pendapat mengenai keadaan ekonomi antarabangsa akan tetapi dalam mempersiapkan diri dan keluarga berkaitan krisis ekonomi suami isteri terutamanya berkaitan bayar utiliti,sewa rumah untuk menanganinya ramai yang akan terkulai gagal. Apabila waktu dan ketika kita sedar bahawa kita perlu melakukan perubahan di dalam kehidupan, ia akan menjadi suatu keadaan yang amat menekan dan menganggu emosi suami isteri dalam mengatasi masalah krisis sewa rumah ini.
1. Berhenti membuang masa
Jangan bazirkan masa dan wang dalam melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ini akan menambahkan lagi masalah kewangan kita. Contohnya, membazirkan wang kita kearah kehendak kita daripada keperluan. Hal ini akan menyebabkan, wang untuk membayar rumah sewa terbantut disebabkan kekurangan wang apabila tiba hujung bulan. Oleh sebab itu, suami isteri perlu fokus kepada permasalahan yang ada di depan dahulu sebelum menggunakan wang kearah yang lain.
2. Mempunyai simpanan yang tetap
Simpanan yang tetap ini penting dalam setiap insitusi kekeluargaan. Hal ini kerana, apabila berlakunya masalah seperti bayar sewa rumah dan sebagainya, suami isteri boleh menggunakan wang simpanan itu untuk membayar sewa rumah dan bil-bil lain. Langkah yang bijak ialah mempunyai tabung khas untuk pembayaran rumah sewa. Dengan mempraktikkan diri untuk memasukkan wang dalam tabung setiap hari akan membuatkan sesebuah keluarga itu tidak akan ada masalah besar dalam isu bayar sewa rumah dan sebagainya.
3. Membina cita-cita untuk membina rumah impian.
Setiap awal bulan pasti pasangan suami isteri akan pening kepala memikirkan pasal sewa rumah untuk dibayar, kos perbelanjaan anak-anak untuk sekolah lagi, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Faktor-faktor ini juga boleh menyebabkan berlaku pergaduhan suami isteri, Oleh sebab itu, setiap pasangan suami isteri harus berazam untuk membina rumah impian sendiri dan ditanah sendiri. Dengan adanya rumah sendiri, tidak perlu lagi menyewa rumah. Dengan membina rumah impian berdekatan sekolah anak-anak serta membina rumah dikawasan kos rendah, Ia amat membantu mengurangkan kos sesebuah keluarga itu dalam menguruskan perbelanjaan rumah tangga.
4. Bijak mengatur strategi dalam kekeluargaan
Zaman sekarang ramai suami isteri tidak bijak mengatur perbelanjaan keluarga. Hal ini, akan memberikan kesan sekiranya bil-bil yang tertunggak datang akan menyebabkan berlaku krisis ekonomi suami isteri. Bukan setakat krisis ekonomi akan berlaku tetapi krisis rumah tangga juga akan berlaku. Hal ini akan memberikan impak buruk kepada pasangan dan anak-anak. Oleh itu, pendapatan setiap bulan haruslah menggunakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan rumah tangga.
Sila kunjungi Syarikat kami Rosden Building untuk membina rumah atas tanah sendiri atau membuat renovasi. Team RB akan memberikan layanan yang terbaik dan First Class.
Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS