About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

Tips Renovasi

=====================================================
⛧ Hyeee uuolsss seperti yang kita sedia maklum, setiap orang yang membeli rumah sedia bina daripada pemaju pasti ingin membuat sedikit penambahbaikan bagi menampakkan ruang dan sudut di dalam rumah itu cantik dan lebih meriah. Hakikat yang perlu kita terima hari ini ialah hartanah dan rumah sedang melambung harganya berbanding 10 atau 20 tahun dahulu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tangga gaji yang tidak bergerak, dan juga GST, adalah mustahil bagi orang muda untuk memiliki hartanah dan rumah baru, apatah lagi untuk mendapatkan rumah dengan hiasan dalaman yang 'trendy'. Okay! now jom kita lihat beberapa tips sebelum anda renovate rumah.
 Rancang dengan teliti
Sebelum ubahsuai rumah anda, pastikan anda suami isteri teliti dahulu tentang ruang yang ingin diubahsuai supaya tidak ada kesilapan di kemudian hari. Kesilapan mengubahsuai ruang yang dibuat akan menyebabkan pembaziran masa, kos dan kerugian yang tinggi. Jika ia melibatkan penambahan, memecah dan menutup dinding hendaklah membuat pelan secara ringkas supaya kedua-dua pihak lebih faham. Anda juga perlu bijak merancang perbelanjaan dan jangan bertindak terburu-buru untuk mengubahsuai rumah anda. Lakukan ubahsuai sedikit demi sedikit asalkan ia tidak membebankan kewangan anda. Anda perlu bersabar dahulu dengan ruang yang ada jika anda belum mampu untuk membuat pengubahsuaian. Elakkan membuat pinjaman bank ataupun ah long.
 Pilih kontraktor yang betul
Tips yang terbaik untuk memilih kontraktor ialah cadangan daripada saudara-mara atau kawan2 sendiri yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Kalau boleh dapatkan alamat pejabat kerana kebiasaannya renovate rumah ini memerlukan bayaran deposit separuh harga. Hal ini adalah untuk mengelakkan penipuan wang daripada kontraktor tersebut. Jangan tergesa-gesa untuk memilih kontraktor. Seeloknya, panggilah 3-4 orang kontraktor yang berlainan untuk mendapatkan sebut harga terlebih dahulu. Kaji pengalaman dan jenis material apa yang akan mereka gunakan semasa renovate nanti. Lagi satu, jangan pilih kontraktor yang tinggal jauh dari rumah anda.
 Dapatkan nasihat orang bertauliah
Sebelum anda memulakan proses renovasi, sebaiknya dapatkan dahulu khidmat nasihat daripada mereka yang bertauliah (professional) agar hak-hak pemilik terjamin dan mendapat kualiti dalam pembinaan yang terhasil. Hal ini juga adalah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa di kemudian hari akibat pembinaan yang dibuat tidak mengikut undang-undang atau spesifikasi yang betul. Sebagai contoh, berlaku runtuhan lantai pada ruang tambahan baru dan mengakibatkan tuan rumah terkena runtuhan tersebut. Orang kata ‘malang tak berbau’. Jadi sebolehnya kita elakkan lah ya!
 Siasat pemilikan rumah
Elemen ini sangat penting kerana anda perlu menyiasat terlebih dahulu sama ada pemilikan (unit rumah) tersebut boleh di ubah suai atau tidak. Hal ini demikian kerana setiap daerah mempunyai syarat yang berlainan yang akan dikenakan oleh pihak majlis. Anda perlu rujuk kepada majlis daerah atau perbandaran dan juga pihak pengurusan kediaman (untuk kediaman jenis berpagar dan bertingkat). Peraturan ini diwujudkan biasanya untuk memastikan keselamatan dan hak orang lain di sekeliling rumah kita. Misalnya di bahagian tepi rumah, tidak boleh di tambah sehingga ke sempadan tanah kerana ia membahayakan keselamatan orang lain dan juga tuan rumah.
⛧ So, itulah dulu tips-tips untuk anda yang hendak renovasi rumah. Apa yang penting kenalah ikut bajet masing-masing dan kalau boleh jangan terlebih membelanjakan wang anda. Rugi kalau kita terlampau ghairah hinggakan kewangan kita pun terjejas.
🏡 Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS