About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

EKONOMI 1979 VS EKONOMI 2019


============================
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor. Sektor-sektor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor pertama kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana ia tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemerosesan. Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat pemerosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan. Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Berdasarkan pembahagian di atas bolehlah dikatakan bahawa sektor pertama adalah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula adalah sektor moden. Dengan kata lain perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi dualisme (tradisional dan moden). Sumbangan ketiga-tiga sektor di atas kepada ekonomi negara semakin meningkat. Walaupun begitu kepentingan dan kepesatan setiap satunya mungkin berubah-ubah mengikut perkembangan masa. Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan perlombongan menjadi penyumbang utama eksport Malaysia, tetapi pada tahun 1990-an, sektor perkilangan pula memberi sumbangan yang utama kepada eksport Malaysia.
Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sudah pasti kepesatan perkembangan sektor kedua dan ketiga akan mengatasi sektor pertama. Namun begitu kesemua sektor ekonomi adalah penting dan setiap satunya saling membantu serta menjadi pelengkap antara satu sama lain.
EKONOMI 1979
1. PERINDUSTRIAN BERAT
Menjelang tahun 1979-1980 kerajaan telah memberi perhatian kepada pembangunan perindustrian berat. Kerajaan telah merangka beberapa dasar sepertI Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat untuk mewujudkan negara yang bercorak industri. Oleh itu industri-industri berat seperti industri membuat kereta, industri besi dan keluli, industri membuat simen dan lain-lain telah dimulakan di negara ini. Walau bagaimanapun, sektor pertanian dan perlombongan tetap diberi perhatian oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana sektor pertanian dan sektor perindustrian sama-sama memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.
2. PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT
Perubahan struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan telah banyak mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Sektor perkilangan telah menjadi penyumbang yang utama dalam jumlah guna tenaga di Malaysia. Sektor perkilangan mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada kerajaan. Eksport hasil keluaran sektor perkilangan telah meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada keluaran negara.
3. TARAF HIDUP RAKYAT
Pembangunan ekonomi yang pesat akibat daripada perubahan struktur ekonomi telah mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk. Hal ini demikian kerana pembangunan ekonomi telah banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Ekoran daripada itu, pendapatan penduduk bertambah dan taraf hidup meningkat. Perkembangan sektor kedua telah banyak menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di bandar-bandar. Hal ini telah menarik ramai belia berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
EKONOMI 2019
1. HARGA MINYAK
Berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, harga runcit petrol dan diesel dijangka terus meningkat tahun ke tahun sehingga menjelang 2019. Pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan meramalkan, dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia ialah pertama, kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan kedua, kadar pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Pihak kerajaan kena lebih bersikap prihatin dengan masalah rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga minyak ini. Hal ini kerana,negara kita adalah negara pengeluar minyak. Kerajaan perlu menggunakan sumber pendapatan daripada hasil minyak mentah ini untuk menyediakan pelbagai infrastruktur, seperti sekolah dan jalan raya untuk kemudahan rakyat jelata. Kerajaan seboleh-bolehnya perlu menyediakan subsidi ataupun bantuan kewangan agar dapat mengurangkan bebanan rakyat.
2. EKONOMI "TENAT"
Dalam laporan terbarunya Bank Dunia berkata, daripada 15 negara Asia yang ekonominya dianalisis, Malaysia adalah di antara beberapa buah negara yang ekonominya dijangka meruncing. Ia meramalkan bahawa dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang, ekonomi Malaysia tahun hadapan (2018) dijangka berkembang pada kadar lima peratus sahaja dan akan menguncup menjadi 4.8 peratus pada tahun 2019.
Harga komoditi yang tidak menentu, ketidaktentuan dasar ekonomi negara besar dan ketegangan antarabangsa adalah antara faktor yang melemahkan ekonomi Malaysia. Bank Dunia berkata, manakala ekonomi negara Asia yang lain berkembang pesat, ekonomi Malaysia merosot kerana ia gagal menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi dunia dan tempatan. Hal ini kerana, masalah hutang isu rumah Malaysia yang terlalu tinggi, iaitu melebihi 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.
3. PELUANG PEKERJAAN TERHAD
Pada tahun 2019, peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dijangka terhad dan kurang. Hal ini kerana, krisis ekonomi di negara kita dan kemasukan pendatang asing yang semakin berlumba-lumba masuk ke negara kita. Tambahan itu, banyak kilang-kilang di negara kita ditutup dan peluang pekerjaan dalam perkilangan berkurang atau dikuasai oleh rakyat asing. Namun terdapat juga syarikat-syarikat yang semakin membangun dan menerima pekerja-pekerja dalam sektor tertentu contohnya, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membuka peluang pekerjaan dalam sektor perladangan kepada penduduk tempatan terutama generasi baharu peneroka bagi mengurangkan kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing.
Anda nak membina rumah impian atau renovasi? Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)
Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS