About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

"PENING NAK PILIH JENIS LANTAI? JOM FOLLOW TIPS KEMASAN LANTAI INI"

==============================================
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh anda guna pakai. Kebiasaannya, kemasan lantai berfungsi untuk memberi keselesaan kepada tuan rumah, kalis air dan juga untuk menyerap bunyi. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang perlu dititik beratkan semasa memilih jenis kemasan lantai seperti rupa kemasan, kelasakan kemasan, keselesaan, keselamatan, kebersihan, harga dan banyak lagi. Jom saya kongsikan beberapa tips mengenai jenis-jenis kemasan lantai.
🌀 Jubin
Seperti yang kita tahu terdapat banyak jenis jubin yang boleh didapati di kedai2 'hardware'. Kalau anda nak tahu jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir, dan juga bahan tambahan melalui proses pembakaran. Selain itu, jubin mempunyai kegunaan khas seperti jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Lantainya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan, tetapi sedikit bising dan sejuk.
🌀 Mozek
Haaa part mozek ini memang selalu menjadi pilihan orang ramai! Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran.Ia merupakan kepingan jubin yang disusun dengan berbagai-bagai rekabentuk.Pembinaanya biasa dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit.
🌀 Lepaan Simen
Bahan yang digunakan untuk kemasan ini semestinya simen dan pasir. Kebiasaan simen yang digunakan ialah simen portland. Jenis ini biasanya diguna dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Kemasan ini dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan dan permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.
🌀 Batu marmar
Kepingan batu marmar yang berupa tapak sekata ataupun tapak tak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar dan gred halus sehingga rata, licin dan dikemaskan dengan lilin.
🌀 Jalur Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar kayu. Seboleh-bolehnya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100 mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75 mm lazim dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampan atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi.
🌀 Parket
Dihasilkan daripada kayu keras terpilih dan kemudian dipotong mengikut pelbagai saiz, bentuk dan corak yang menarik. Blok parket boleh diletakkan terus pada lantai dengan syarat permukaan aras yang rata, secara disematkan atau diglu dalam keadaan panas. Kemasan jenis ini merupakan kemasan lantai yang paling menarik dan boleh diaturkan dengan corak yang dikehendaki.
🏡 Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)




Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS