About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

Sejarah Parit Buntar

Tahukah anda, sejak lebih 2000 tahun dahulu daerah Kerian telah didiami oleh manusia.
Kajian arkeologi yang dilakukan pada tahun 1970 telah mengesahkan bahawa daerah Kerian telah didiami oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu. Ia dapat dibuktikan lagi dengan penemuan rangka-rangka manusia di Lembah Selinsing dan penemuan tembikar serta manik-manik oleh pengkaji-pengkaji British seterusnya disambung kajian oleh pengkaji dari universiti tempatan.
Seperti yang kita ketahui, daerah Kerian bersempadan antara negeri Pulau Pinang dan negeri Kedah iaitu di Bandar Baharu. Manakala di sebelah timur dan selatan daerah Kerian pula bersempadan dengan daerah Larut, daerah Matang dan juga daerah Selama.
Daerah Kerian terbahagi kepada 8 buah mukim iaitu Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunung Semanggol dan Selinsing. Pusat Pentadbiran bagi daerah Kerian terletak di Parit Buntar. Bandar-bandar utama lain ialah Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan Pekan Kuala Kurau.
Selain dari itu, daerah Kerian juga dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah diguna di kawasan ini bagi tebus guna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan pengawalan untuk air masuk dan keluar dari sawah.

Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS