About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

KEPENTINGAN RUMAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERKAHWIN, MENGAPA??

=============================================
Sebut pasal kahwin mesti ramai yang tergedik2 tak sabar kan?? Sesetengah tu ada yang tengah menhitung hari untuk menjadi tunangan atau isteri orang..Hehe fahammm..😍 Tapi! Adakah anda sudah bersiap sedia untuk menempuhi alam perkahwinan yang penuh cabaran dan dugaan nanti?? Perkahwinan ini juga membawa maksud anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dari segi kewangan. Dengan rasa cinta yang membuak2, mungkin segalanya anda akan terima. Namun tak salah jika anda mengambil langkah berjaga2 demi masa depan yang lebih bahagia. 💑
Syarikat Rosden Building ingin menasihatkan sebelum anda mengikat tali perkahwinan, anda perlu merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa yang panjang. Ramai yang mengeluh kerana harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal. Ramai juga semakin sedar dengan kepentingan rumah untuk pelaburan dan tempat tinggal. Oleh itu, kita perlu tahu sebab kenapa kita kena beli rumah sebelum berkahwin. 🏡
 Harga rumah semakin meningkat
Kenaikan harga rumah semakin tidak dapat dikawal kerana di kawasan-kawasan yang membangun terlalu banyak permintaan di sesuatu kawasan yang menyebabkan harga rumah meningkat dengan mendadak. Jika anda tidak beli hari ini, tahun depan mungkin harga rumah telah naik 10% dari harga hari ini. Jika anda beli hari ini, anda sebenarnya telah mendapat 'capital appreciation' daripada kenaikan itu. Sebagai contoh, harga sebuah kondo di Bangi hari ini sekitar RM500k, tahun depan harga meningkat sekurang kurangnya RM50k. Harga baru akan menjadi RM550k. Inilah yang dinamakan capital appreciation.
 Rumah sebagai Asset
Ramai orang tersalah sangka mengenai rumah. Mereka beranggapan bahawa rumah hanya perlu dibeli untuk tinggal. Dan ada golongan yang sedar rumah untuk tinggal adalah liabiliti kerana tiap-tiap bulan kita terpaksa membayar kos installment bulanan. Rumah akan menjadi Asset apabila rumah itu menjana lebihan tunai ataupun positive cashflow yang masuk ke dalam poket kita setiap bulan. Sebagai contoh, kita beli rumah lelong bernilai RM60k, bayaran bulanan hanya sekitar RM300. Anda sewakan kepada penyewa atau subletter RM800. Jadi setiap bulan anda telah menjana RM500 lebihan tunai.
 Long Term investment
Jika anda ada 3 buah rumah pada hari ini, katalah anda ditakdirkan dibuang kerja atau keadaan kewangan tidak stabil, anda boleh menggunakan rumah tadi sebagai modal untuk memulihkan masalah kewangan anda dengan cara refinance atau jualkan sahaja rumah tadi. Sebagai contoh, anda refinance rumah yg mempunyai baki hutang RM200k. Anda refinance rumah dengan bank lain mengikut harga semasa iaitu RM350k. Jadi anda akan mendapat cash RM150k yang boleh digunakan untuk memulihkan kewangan dan memulakan pelaburan.
 Rumah pertama seharusnya untuk pelaburan
Kenapa saya sarankan begitu? jika anda beli rumah itu untuk tinggal, anda perlu keluarkan wang tiap-tiap bulan untuk membayar installment rumah yang akan menyebabkan gaji bersih anda berkurangan. Jika anda beli rumah pertama untuk pelaburan, anda mungkin boleh menggunakan duit lebihan tunai dari sewaan untuk membayar installment rumah yang anda tinggal.
 Rumah sebagai tempat berteduh pasangan baru berkahwin
Jika anda pasangan baru berkahwin, pasti anda mahu memiliki sebuah rumah untuk digunakan sebagai tempat berteduh. Jika anda masih bujang tiada masalah untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa. Tetapi, jika anda sudah berkahwin, pastinya anda terpaksa menyewa rumah atau membeli rumah kerana anda tidak lagi boleh menyewa bilik macam orang bujang dahulu. Anda pasti akan rasa kurang selesa jika keluarga anda atau mertua mengajak anda untuk duduk bersama kerana anda mahukan privasi sebagai suami isteri. Sebab itulah anda mesti dan waji beli atau sewa rumah.
 Rumah merupakan harta yang boleh diwarisi
Seperti kita tahu rumah adalah salah satu harta yang boleh diwarisi oleh isteri dan anak-anak bila anda sudah tiada. Setiap pembeli rumah wajib membayar insurans atau takaful untuk bayaran hutang rumah itu. Pihak bank akan menyuruh kita memilih sama ada MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT untuk cover bayaran hutang rumah jika anda meninggal dunia. Jadi jika anda meninggal dunia, insurans atau takaful tadi akan menyelesaikan semua hutang rumah itu pada bank. Jadi waris anda akan dapat rumah tersebut secara percuma kerana rumah tadi telahpun dibayar penuh menggunakan wang insurans/takaful. Itulah harta yang anda boleh berikan kepada waris anda.
 Anda akan kelihatan lebih hensem/cantik
Jika anda belum berkahwin tetapi anda sudahpun memiliki rumah sendiri, anda akan nampak lebih hensem di mata gadis-gadis atau nampak lebih cantik di mata jejaka-jejaka kerana anda bijak membuat keputusan. Jika anda mahu memikat hati bakal mak mertua anda, belilah rumah sebelum anda berkahwin, pasti lamaran anda terus diterima.
Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Cik Ct)
012-6184645 (Cik An)
05-717 8898 (Office)
#kontraktorbinarumah
#rosdenbuilding
#binarumahatastanahsendiri
#utara



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS