About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

Pembukaan KWSP di Parit Buntar


Ramai yang masih tak sedar KWSP akaun 2 boleh digunakan untuk BINA RUMAH IDAMAN anda.
.
Sempena pembukaan KWSP di Parit Buntar, Rosden Building yakin urusan pengeluaran akaun 2 KWSP anda akan lebih mudah dan cepat. Dah tak perlu susah-susah pergi jauh untuk uruskan pengeluaran KWSP.
.
Pembinaan secara perseorangan atau Pembinaan secara bersama suami/isteri.
Kelayakan Permohonan bagi membuat permohonan pula adalah seperti berikut :
• Ahli warganegara Malaysia
• Anda mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP
Anda tidak layak memohon sekiranya anda membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja atau Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut,
• Pembinaan Secara Perseorangan.
• Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau
Semua simpanan dalam Akaun II.
Pembinaan Secara Bersama Suami / Isteri
Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas. Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya anda membina rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak jumlah kos bina rumah dan tambahan 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah. Anda juga boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.
Kekerapan Pengeluaran.
Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membina rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membina rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan. Selepas pengeluaran ini, anda layak mengeluarkan simpanan untuk mengurang/ menyelesaikan baki pinjaman bagi rumah yang sama sekali setahun dari tarikh pengeluaran terakhir.
Sebagai Kesimpulan, setiap orang ada matlamat pengurusan kewangan yang berbeza. Sudah pasti bukan semua orang bersetuju dengan pendapat saya berkenaan pengeluaran KWSP untuk bina rumah di atas ini. Namun apa yang nak saya tekankan adalah, dalam membuat keputusan yang melibatkan status kewangan anda, anda perlu mempunyai sebab yang kuat di sebalik setiap pilihan yang anda lakukan.
Pilihan anda mungkin berbeza dengan orang lain, tapi anda perlu tahu kenapa anda memilih keputusan berpandukan point-point yang nyata boleh dibentangkan oleh anda sendiri. Jika anda sendiri ragu-ragu dengan pilihan anda, masa depan kewangan anda akan bergantung kepada skim yang anda pilih, dan bukan anda yang berkuasa menentukan status kewangan anda sendiri.
Ingin mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh hubungi
014-977 8368 (Cik Siti)
05 - 717 8898 (Office)
Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS