About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

HARGA PEMAJU VS BINA RUMAH ATAS TANAH

**********************************************
Oraitt seperti yg kita semua sedia maklum nak bina rumah sendiri memang kena ADA TANAH SENDIRI juga.. Kadang2 boleh mencecah hingga ratusan ribu padahal rumah sekangkang kera jerr😂 Ibarat baru nak bergolek dah sampai ke dinding satu lagi🤣 Sedar tak sedar juga perbezaan antara harga yg ditawarkan pemaju juga boleh mencecah 50% berbanding harga bina rumah atas tanah sendiri..Nak tahu kenapa? Sebab itu lah kita perlu ambil tahu pro dan cons ttg harga bina rumah sebelum kita membuat sesuatu keputusan😎
 PRO & CONS HARGA PEMAJU
*PRO*
Rumah yg dibina biasanya lengkap dgn kemudahan lain seperti kedai,sekolah,masjid dan lain2.
Tidak perlu tahu tentang teknikal pembinaan & kos pembinaan.
Rate pinjaman perumahan lebih mudah diluluskan.
*CONS*
Rumah MAHAL berbanding apa yg kita dapat dari segi keluasan rumah tersebut.
Terpaksa berkompromi dengan corak binaan & kemudahan lain.
Keuntungan pemaju akan ditanggung oleh kita.
PRO & CONS HARGA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
*PRO*
Kita boleh design rumah mengikut kehendak kita contohnya kedudukan ruang tamu, bilik, dapur dan tandas.
Boleh bina rumah mengikut bajet dan kemampuan yg ada.
 Segala keuntungan yg mampu diambil pemaju menjadi milik anda.
*CONS*
Anda wajib miliki tanah sendiri terlebih dahulu dan selalunya masalah ini menjadi halangan bagi mereka yg ingin bina rumah sendiri.
Pemilihan arkitek, perunding dan kontraktor adalah kritikal dlm menentukan kekemasan rumah anda.
Sekiranya pembinaan terhenti akibat masalah kontraktor, anda perlu menanggung kos kerugian.
Jadi kepada anda yg nak bina rumah tu boleh laa hubungi pihak Rosden Building bagi mendapatkan maklumat dan nasihat PERCUMA drpd pihak kami di alamat👇🏻👇🏻
No 22B, Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200 Parit Buntar, Perak
ATAU
014-9778368 (Cik Siti)
05-7178898 (Pejabat)



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS