===========================================
Melihatkan pada keadaan ekonomi negara hari ini, ramai remaja seakan buntu dan hilang semangat untuk membina aset seperti rumah dan dianggap tidak mampu kerana bergaji kecil. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada kita seakan melupakan impian untuk memiliki rumah besar dan hanya bergantung kepada kediaman keluarga. Hal ini disebabkan, kalau tengok pada gaji ramai anak muda zaman sekarang memang tak mampu untuk membina rumah. Situasi dan mentaliti anak muda seperti ini harus diubah. Asalkan pandai membuat perancangan dan berusaha gigih, pasti impian ini bukan sekadar hanya angan-angan.
Sekiranya anda mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas untuk membina rumah walaupun bergaji Rm 1000 anda mampu membina rumah sebab :
1. MEMBUAT SIMPANAN TETAP
Buat simpanan tetap sebulan RM300 , buat pinjaman ASB RM50K daripada mula bekerja dengan komitmen lebih kurang RM300. Debt Service Ratio (DSR) waktu ini adalah 20%. Selain itu, anda harus mengawal perbelanjaan harian anda setiap bulan iaitu membahagikan perbelanjaan yang penting dan tidak.
Contoh kawal perbelanjaan harian anda:
a) Makan minum = RM250
b) Minyak motor = RM150
c) Bagi orang tua = RM100 (Jangan anggap sebagai beban)
d) Telefon = RM100
e) Lain-lain = RM100
2. MEMBUAT EXTRA INCOME
Membuat extra income seperti overtime ditempat kerja atau selepas pulang dari kerja hakiki,bekerja pula di kedai makan untuk mencari income sampingan bagi mencapai matlamat untuk membina rumah impian. Dengan kaedah ini mampu memenuhi keperluan anda yang lain dan mampu menyimpan lebih untuk anda membina rumah pada masa hadapan. Walaupun gaji kerja hakiki anda hanya Rm 1000 sahaja, dengan teknik membuat extra income mampu untuk membantu membina rumah impian anda.
3. DIVIDEN ASB
Cukup 1 tahun Dividend ASB pinjaman RM50K mula-mula tadi yang anda buat, mampu menghasilkan dividen hampir RM4000. Dengan mempunyai dividen ASB yang dilaburkan setiap tahun walaupun bergaji kecil hanya Rm 1000.00, dengan simpanan Rm 300 setiap bulan dan dividend ASB, anda boleh mengorak langkah sikit demi sedikit untuk mencari kontraktor yang dapat membina rumah impian anda dan pastikan kontraktor itu mempunyai lesen dan mampu merealisasikan rumah impian anda.
4. JANGAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Kad kredit ialah satu bentuk hutang ‘mudah lulus’ dengan bunga yang begitu tinggi. Walaupun kad kredit ialah kad kredit islamik dengan tiada unsur riba, ‘bunga’ tersebut sudah diubah kepada bayaran yang patuh syariah yang masih juga tinggi. Apabila anda tidak lagi menggunakna kad kredit, anda secara automatik telah membantu kepada tips menyimpan duit iaitu tidak membuat hutang baharu. Ingatlah, kad kredit ialah punca kebanyakan golongan muda di Malaysia disenarai hitamkan malah ada yang diistiharkan muflis.
Walaupun sekiranyanya digunakan dengan betul, kad kredit boleh digunakan sebagai alat kewangan yang bagus dan memudahkan, namun, bilangan individu yang tahu menggunakan kad kredit amat sedikit. Kad kredit amat bahaya kerana ia seolah olah sebuah bank yang dengan mudah sahaja boleh meluluskan pinjaman anda. Mudahlah kita membuat hutang yang baharu.
Oleh itu, larang diri kita daripada menggunakan kad kredit. Sekiranya terguna, segeralah bayar sebelum bil dikeluarkan. Kita tidak perlu menunggu bil untuk membayar kad kredit. Contohnya, kerana tiada tunai mencukupi, kita telah terguna kad kredit untuk mengisi petrol. Katakan jumlahnya RM 70. Terus lakukan pembayaran melalui online banking atau ATM pada hari yang sama. Dengan cara ini kita dapat memastikan kad kredit itu tidak akan menyebabkan hutang.
5. MELABUR
Jika tidak ingin menabung atau menyimpan di bank, investasikanlah sebahagian wang gaji anda. Caranya dengan membeli emas, kerana harga emas semakin lama semakin tinggi. Oleh kerana itu, apabila sudah banyak terkumpul, boleh menjualnya dan nilainya pun lebih tinggi daripada yang dilaburkan. Dengan anda menjual kembali emas dan mendapat harga lebih tinggi, anda akan dapat pulanggan lebih tinggi dari beli emas sebelum ini dan mampu membina rumah impian anda walaupun bergaji kecil iaitu Rm 1,000.00.
Anda nak membina rumah? Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)
No comments:
Post a Comment