Rumah adalah sangat penting untuk kita dimiliki. Namun, ada dikalangan kita yang menangguh-nangguhkan masa untuk memiliki rumah.
Hal ini sangat merugikan kita kerana harga rumah sentiasa meningkat sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.
1. RUMAH SEBAGAI TEMPAT TINGGAL
Umum manusia tahu bahawa rumah adalah tempat tinggal. Oleh itu, tempat tinggal adalah sebab utama kenapa manusia wajib memiliki rumah. Hal ini kerana, ia menjadi tempat untuk manusia berteduh dan juga berehat. Tanpa rumah, di mana mereka mahu tinggal?
Keadaan rumah dan jenis rumah adalah bergantung kepada pendapatan dan kehidupan kita. Kalau kita mampu memliki rumah yang harga mahal, maka mahal la rumah tu. Jikalau kita hanya mampu tinggal di rumah yang biasa-biasa, maka biasa-biasalah rumah itu. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.
Paling penting, anda memiliki rumah. Dan rumah itu adalah sebagai tempat anda berteduh seisi keluarga.
Paling penting, anda memiliki rumah. Dan rumah itu adalah sebagai tempat anda berteduh seisi keluarga.
2.SUMBER PENDAPATAN (PELABURAN)
Selain menjadi tempat tinggal, rumah juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan. Antaranya adalah, ada antara kawan-kawan kita yang membina rumah untuk tujuan pelaburan. Pelaburan ini adalah keuntungan dari segi kenaikan nilai semasa harga rumah. Contoh nya, anda telah membina sebuah rumah pada tahun 2004 dengan harga RM50 000, pada masa kini , nilai semasa rumah saya telah pun menjadi RM200 000. Pada masa yang sama saya telah memperolehi keuntungan sebanyak RM150 000 daripada kenaikan harga semasa rumah.
Selain daripada itu, rumah juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan, Sumber pendapatan ini boleh diperolehi melalui sewa. Contohnya, rumah yang anda miliki, anda sewakan kepada siapa-siapa yang memerlukan. Jadi , anda memperoleh keuntungan daripada harga sewa rumah setiap bulan secara pasif.
3.SEBAGAI ASSET
Rumah juga penting untuk dijadikan sebagai asset. Asset ini akan menjadi pelindung ataupun backup sewaktu kita dilanda krisis seperti krisis ekonomi di mana ramai yang telah diberhentikan kerja. Dengan adanya rumah, kita mampu untuk berteduh di rumah sementara mendapatkan sumber pendapatan yang lain.
Selain itu, rumah yang dimiliki juga boleh di jual sekiranya nilai semasa rumah yang dimiliki telah meningkat dari segi market value. Ini adalah penting sekiranya, pemilik rumah yang hilang pencarian mahu menggunakan wang samada untuk teruskan hidup ataupun mahu mula mencari sumber pendapatan yang lain dengan berniaga. Namun, sebelum menjual rumah untuk mendapatkan wang, mereka haruslah tahu dan jelas dengan perangcangan kewangan mereka.
4. HARGA TIDAK TURUN
Harga rumah sememangnya tidak akan turun, melainkan kawasan rumah tersebut adalah kawasan yang dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya. Namun begitu, harga rumah tetap tidak akan turun. Hal ini kerana, rumah sentiasa ada permintaan. Oleh itu, harga rumah sentiasa akan naik kerana permintaan yang sentiasa ada dikalangan kita.
Oleh kerana itu, memiliki rumah amat penting untuk kita semua. Dengan adanya rumah yang kita bina akan memudahkan masa hadapan kita yang merupakan aset terpenting.
No comments:
Post a Comment