About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

BINA RUMAH UNTUNG DARI BELI RUMAH. SEBAB?


==========================================
Apabila anda hendak memiliki rumah pertama, ada dua pilihan yang boleh diambil iaitu beli rumah jadi atau beli tanah lalu bina rumah. Pilihan pertama nampaknya menjadi yang paling popular kerana ia tidak rumit. Tetapi sekiranya anda hendak untung besar,ramai juga mengambil pilihan kedua sebagai pilihan, iaitu buat rumah atas tanah sendiri. Sebabnya, kerana ada lebih kebebasan dalam menentukan reka bentuk rumah yang akan di bina.
Kita juga boleh menjadi lebih kreatif semasa membina rumah sendiri. Di samping itu, belanjawan untuk membina rumah boleh diubah atau diselaraskan dengan keupayaan kewangan. lagipun, rumah yang di buat atas tanah sendiri membolehkan kita membuat binaan menurut fasa. Contohnya jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad, kita boleh siapkan bahagian rumah yang penting terlebih dahulu. Contohnya seperti bilik dan dapur. Ruang tamu dan beranda boleh menjadi dibina apabila kewangan lebih mencukupi. Yang penting sebelum buat rumah tu kita ukur sempadan tanah betul betul.
5 Perkara penting sebelum membina rumah
Membina rumah sendiri memang lebih memberikan keuntungan. Tetapi, terdapat beberapa perkara penting dalam membina sebuah rumah. Berikut ini di antaranya:
1. Pelan kewangan
Kos membangunkan rumah bukan seratus-dua ratus ribu. Oleh itu, perkara yang paling asas untuk diperhatikan adalah pelan kewangan. Jika tidak mahir selok belok untuk menyediakan kewangan, risiko untuk rumah tidak selesai dibina sangat tinggi. Jadi menyediakan pelan kewangan sangat penting dalam membina sebuah rumah. Sediakan sekurang-kurangnya 2 rancangan kewangan. Hal ini kerana, sekiranya ada pelan, proses membina rumah akan berjalan lancar tanpa ada masalah.
2. Lukisan pelan bangunan untuk rumah yang bakal dibina
Pelan ini menjadi asas dalam membina sebuah rumah. Jika tiada pelan lantai, bagaimana untuk pekerja membina sebuah rumah. Pelan rumah memberikan banyak maklumat tentang rumah yang akan dibina. Perkara seperti kedudukan tandas diletakkan, ruang tamu di belakang,dan dapat mengelakkan dari pembaziran ruang kerana terdapat sudut bilik yang tidak digunakan. Di Internet sahaja, terdapat banyak contoh pelan rumah yang mungkin memberi inspirasi. Jika tanah kita besar, tak jadi masalah nak bina rumah. Harga bina rumah banglo atas tanah sendiri memang lebih murah dari beli yang dah siap. Kalau tanah yang di beli saiznya kecil & cukup cukup sahaja untuk kawasan rumah, sedikit kesilapan akan membawa masalah besar di kemudian hari. Orang yang paling mahir mereka bentuk rumah adalah kontraktor yang berdaftar.
3. Cari tukang rumah atau biarkan kontraktor rumah selesaikan semuanya
Pekerja pembinaan bangunan boleh didapati secara meluas & sekarang ni boleh di cari melalui internet contohnya Rosden Enterprise. Tetapi, kita harus berhati-hati mencari pekerja yang benar benar mahir & profesional. Hal ini kerana, bukan sedikit kisah penipuan yang berlaku. Kita ambil masa, selidik kualiti kerja & kemampuan tukang & kontraktor rumah sebelum mengikat kontrak dengan mereka.
Minta pendapat keluarga atau rakan yang mempunyai pengalaman membina rumah yang baik dengan tukang & kontraktor tertentu. Kalau boleh cari kontraktor di kawasan kita saja kerana lebih memudahkan urusan kita.
4. Cari bahan binaan
Kos bahan menentukan samada pelan kewangan yang telah di buat berjaya atau gagal. Gunakan bahan yang sesuai dengan keperluan dan kewangan anda. Jika kewangan hanya cukup untuk membeli batu bata, tidak bijak untuk membeli batu bata secara maksimal. Kecuali terdapat pelan carian tambahan melalui hutang atau kredit. Hanya, pastikan hutang boleh dibayar semula. Jika kita mengetahui kenalan yang sudah biasa dengan pembekal bahan binaaan, dapatkan pandangan mereka dahulu.
Sekiranya menggunakan khidmat tukang rumah, pastikan mereka memberikan resit atas setiap perbelanjaan barang binaan yang telah di beli. Hal ini kerana, ada tukang yang kurang jujur akan bermain harga disini. Harga barang yang di beli jauh lebih mahal dari yang berada di pasaran. Ambil masa untuk pergi ke kedai hardware dan rujuk dengan mereka samada harga tersebut sama atau lebih tinggi dari pasaran.
5. Masa untuk buat atau beli rumah
Kalau kita masih muda, rancang untuk dapat hartanah pertama anda terlebih dahulu semasa usia muda. Harga hartanah akan sentiasa naik. Memang takkan terjangkau kalau kita tangguh. Pembelian hartanah semasa muda di kawasan yang hangat, akan membuatkan harga hartanah melambung tinggi. Kalau kerja kerajaan boleh buat loan perumahan kerajaan. Kalau kerja syarikat GLC yang besar besar macam syarikat minyak, memang ada sediakan pinjaman untuk beli rumah.
Sila kunjungi pejabat urusan kami untuk dapatkan info lebih lanjut untuk BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DAN RENOVASI. Team RB semestinya akan memberikan layanan yang TERBAIK dan FIRST CLASS.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)


Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS