About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

BATA MERAH ATAU BATA PASIR?


Bata merah atau bata pasir merupakan istilah biasa yang digunakan untuk merujuk kepada bata tanah liat (merah) dan bata pasir (putih). Bata tanah liat atau bata merah dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar. Bata putih pula dibuat dari campuran pasir, simen dan air. Di Malaysia bata putih adalah lebih popular digunakan dalam projek-projek perumahan.
Sekilas fakta, bata merah lebih kuat dari bata putih pada kadar 2 – 3 kali ganda lebih kuat. Selain itu bata merah juga lebih lambat menyerap lembapan berbanding bata putih pada kadar yang sama. Dinding yang dibina dengan bata putih lebih berisiko mengalami keretakan berbanding bata merah. Dan dinding dengan bata merah dikatakan mampu menahan haba lebih baik dari bata putih menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.
Batu merah berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik. Bata merah agak mahal sedikit berbanding bata putih dan ini biasanya menyebabkan kontraktor meletakkan harga lebih tinggi jika anda meminta mereka memasang bata merah. Jika kualiti biasa, perbezaan harga per unit kecil saja. Tetapi harga akan lebih mahal lagi jika anda mahu batu merah berkualiti tinggi dan tidak mahu ia diplaster.
Jadi adakah anda patut menggunakan bata merah atau bata putih untuk projek ubahsuai rumah anda? Terpulang kepada anda. Jika hanya melibatkan ubahsuai kecil seperti menambah dapur, tidak ada banyak beza antara bata merah atau bata pasir dari segi kos mahupun kesan-kesan yang lain.
ANDA SEDANG MENCARI KONTRAKTOR TERBAIK UNTUK RENOVASI RUMAH ANDA?
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS