About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

TIPS BILIK TIDUR YANG TERBAIK

-----------------------------------------------------
Tahukah anda bahawa satu pertiga masa di dalam hidup kita dihabiskan di bilik tidur. Oleh itu, kita perlukan lebih perhatian untuk hiasan ruang itu kerana tubuh anda sepatutnya perlu mendapat kesempurnaan maksimum. Tidak semestinya tampil mewah, sama ada bersaiz besar atau kecil ia haruslah menampilkan kesempurnaan dari segala sudut. Jadi hari ini saya ingin berkongsi beberapa tip dalam menata hias ruang itu terutama bagi anda yang mempunyai bilik tidur bersaiz kecil.
Warna pastel
Kebanyakkan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, ia ada kalanya membosankan dan kurang menarik. Dalam situasi itu, anda boleh mewarnai bilik tidur mengunakan warna pastel.
Pastel adalah warna lembut, cair dan sederhana. Sementara warna patel pula membabitkan warna alternatif selain putih supaya bilik tidur lebih kelihatan luas.
Perabot
Pemilik kediaman selalu menyangka perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak. Ia hanya membuatkan bilik itu bertambah sesak jika perabot saiz kecil dalam bilangan banyak ditempatkan. Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sudah memadai.
Cermin
Ia antara medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, kepala katil atau pada almari pakaian.
Pencahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi yang tedapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus pengaliran masuk cahaya. Gunakan bidai atau ‘sheer’ berbanding langsir. Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur, tambahkan lampu meja dan lampu lantai.
Aksesori
Aksesori hiasan dekorasi jenis kemasan cermin atau tahan karat membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas. Selain itu, sekeping gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan pada dinding kepala katil boleh menampakkan ruang itu lebih besar. Inilah antara tip yang boleh anda praktikan supaya dekorasi bilik tidur kecil lebih selesa.


 


Share:

1 comment:

  1. Tips yg bagus. Boleh digunapakai utk adjust2 apa yg patut ni kat blik tido nnt. Terima kasih

    ReplyDelete

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS