About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS

MASAK GULAI IKAN PUYU KE MASAK GULAI IKAN HARUAN? 😋 ( TIPS MEMILIKI DAPUR YANG LUAS)

------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
Tidak semua orang memiliki ruang dapur yang luas, rata-rata kebanyakkan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang agak terhad termasuk dapur. Sinonim dengan sifat rakyat Malaysia yang suka membeli, lambakan peralatan di dapur buat ia kelihatan semakin sempit.
Dalam tips ini, Kami akan kongsikan khas buat suri rumah yang suka duduk di dapur bagaimana untuk jadikan dapur anda kelihatan lebih luas, kemas dan menyelerakan pandangan. Ya! Yang pertama, mari kita kembali kepada konsep minimalis iaitu gunakan apa yang perlu sahaja.
1. Gunakan Warna Putih
Gunakan warna putih sebagai sentuhan warna utama pada dapur anda. Terutama pada warna dinding dan juga warna kabinet atau ruang simpanan. Warna putih akan membuatkan ruang dapur anda kelihatan lebih luas dan bersih.
Anda boleh masukan sedikit warna pilihan lain hanya sebagai penyeri untuk kelihatan ceria, tetapi jangan pula gabungan dengan warna yang terlalu banyak sehingga nampak celaru.
2. Gunakan Rak Simpanan Jenis Terbuka
Kalau sebelum ini dapur anda dipenuhi almari jenis terutup, sebaiknya tukar kepada yang jenis terbuka. Ini untuk mengelakan dapur anda kelihatan padat dan sesak. Selain itu, ia lebih mudah untuk anda mencapai barang apa yang diperlukan ketika memasak!
Tidak lah tercari-cari sampai goreng ikan pun boleh hangit. Ops! Bukan hangit, tetapi terlebih garing.
3. Pintu Kaca
Anda boleh tukar pintu atau tingkap kayu kepada yang berkaca. Kesan dari pencahayan dari luar buat ruangan dapur anda kelihatan lebih luas. Sudah semestinya ia memberikan anda mood yang lebih segar dan bertenanga. Memasak pun seronok.
4. Simpan Barang Yang Tidak Digunakan
Simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, coffee maker, blender. Elakan menyimpan peralatan seperti ini di atas meja, simpan di satu tempat dalam ruangan khas. Anda boleh mengeluarkan semula ketika diperlukan.
5. Makismum Ruangan Pada Dinding
Gunakan ruang kosong pada dinding dengan bijak seperti membuat tempat menyimpan pisau megnatik atau rak letak bahan asas masakan seperti gula, garam atau rempah ratus. Tapi jangan terlalu banyak sehingga boleh membahayakan. Suaikan mengikut bentuk dapur dan tempat memasak.
ANDA ADA TANAH? NAK BINA RUMAH IMPIAN ANDA? NAK CARI KONTRAKTOR BERPENGALAMAN? JOM BINA RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH IMPIAN ANDA BERSAMA SYARIKAT ROSDEN BUILDING.
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!!!!
KAMI BERIKAN HASIL YANG TERBAIK DAN LAYANAN YANG LUAR BIASA UNTUK PELANGGAN ROSDEN BUILDING.
🏡 Alamat:
No 22B , Tingkat 2, Jalan Bestari 3, Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa 2, 34200, Parit Buntar, Perak.
Atau hubungi kami di :
014-977 8368 (Hp)
05-717 8898 (Office)



Share:

No comments:

Post a Comment

Pencapaian RB sepanjang 2017

Pencapaian RB sepanjang 2017
Customer RB

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS