Dalam kalangan masyarakat sekarang ini menjual aset yang ada adalah disebabkan mereka terpengaruh dengan promosi yang ditawarkan oleh peniaga sehinggakan mereka terpaksa menggadai aset yang ada untuk dapatkan barang yang dipromosi tersebut. Mereka juga terpengaruh dengan pujuk rayu broker tanah dengan menawarkan harga belian tanah yang tinggi. Selain itu mereka juga inginkan kemewahan tanpa fikirkan kerugian sebagai contoh membeli perabot rumah yang mahal,baju yang mahal serta lain2.
Bagi mengelakkan daripada terjebak jual aset yang ada sekarang, mereka perlulah mengubah cara hidup dengan tidak menjual aset yang ada sekarang dan menambah ilmu mengenai nilai aset pada masa akan datang. Mereka juga perlu sentiasa berfikir tentang cara untuk menggunakan aset yang ada bagimenjana pendapatan sampingan.
Sekiranya mereka tidak memanfaatkan aset yang ada, mereka akan kehilangan pendapatan pasif malah aset yang ada sekarang akan bertukar milik pada orang lain. Kebiasaannya golongan bumiputera banyak terlibat dengan penjualan aset kepada golongan bukan bumiputera. Hal ini akan mendatangkan kesan yang buruk untuk negara Malaysia. Sesetengah masyarakat pula sanggup menjual aset tetap untuk membeli aset yang tidak tetap iaitu aset yang susut nilai seperti membeli kereta.
Bagi menyelesaikan masalah ini, masyarakat sekarang perlulah memanfaatkan aset tersebut dengan berbakti pada tanah contohnya mula bercucuk tanam dan dengan hasil tersebut boleh dijual untuk menambahkan pendapatan. Selain itu, dengan aset yang ada, mereka boleh sewakan pada orang yang memerlukan contohnya aset tetap seperti rumah dan tanah boleh kita sewakan pada orang lain dalam masa yang sama mereka boleh menambahkan pendapatan dan membuka peluang pada masyarakat yang lain seperti menyediakan peluang pekerjaan.
Sebagai contoh anda menggunakan aset yang ada untuk bina rumah sewa dengan menggunakan perkhidmatan ROSDEN BUILDING, dalam masa yang sama anda telah membantu untuk menyediakan peluang pekerjaan pada pekerja syarikat tersebut. Disebabkan kualiti bina rumah sangat baik serta cantik akan menyebabkan harga rumah sewa anda mampu dinaikkan harga setanding dengan kualiti rumah tersebut. Kos pembinaan yang dibina akan mendapat pulangan dengan cepat serta meningkat.
Home »
» TAMBAH LAGI ASSET DAN BUKAN JUAL DEMI DUIT POKET
TAMBAH LAGI ASSET DAN BUKAN JUAL DEMI DUIT POKET
Kepakaran Rosden Building ialah MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI yang MAMPU MILIK dengan KUALITI yang TERJAMIN BERKUALITI & KEMAS
No comments:
Post a Comment